Thursday, 10 December 2015

Pengenalan

Media sosial dianggap sebagai satu nilai penggerak perniagaan di seluruh dunia. Malaysia juga sebagai negara yang menekankan perniagaan digital menggalakkan usahawan menggunakan kaedah media sosial sebagai pemangkin perniagaan. Menurut tinjauan socialmediaexaminer.com, ramai usahawan setuju bahawa media sosial memainkan peranan penting dalam memasarkan produk mereka kepada pelanggan yang dikenali dan tidak dikenali. Internet merupakan salah satu aspek penting dalam berhubungan dalam aplikasi sosial media, internet telah merangkul dunia yang memegang peran manusia dalam kehidupan manusia. Internet juga boleh di katakan menjadi rakan manusia untuk berkomunikasi dalam sosial media, melalui internet manusia mendapat berbagai maklumat dan panduan untuk melakukan sesuatu yang baru. Melalui internet manusia melakukan aktiviti perniagaan dan perusahaan tanpa mengira di mana berada dan berapa jauh jarak antara peniaga dan pelanggan. Selain itu, melalui media masa atau social manusia dapat menjalinkan hubungan social antara satu sama lain tanpa mengira tempat, asal, dan keturunan. Kebergantungan manusia terhadap media sosial menyebabkan mereka mencipta berbagai – bagai laman sosial seperti facebook, myspace, blog dan seumpama dengannya. Melalui teknologi ini semua golongan dapat menjalankan aktiviti perniagaan atau perusahaan samada di pejabat ataupun di rumah khususnya untuk suri rumah yang mencari pendapatan tambahan dan mengisi masa lapang mereka.

          

Sejarah Dan Evolusi Media Sosial
Pembangunan  teknologi  maklumat  dan  komunikasi  (ICT)  pada  hari  ini  telah  membawa Internet melalui proses transformasi dalam memasuki fasa baharu (O’Reilly, 2005). Pada peringkat awal kemunculannya, Internet telah menarik minat ramai orang untuk tujuan pencarian maklumat secara  mudah  dan  pantas,  walaupun  pada  masa  itu  ia  hanya  mampu  menawarkan  aliran komunikasi sehala (Gunelius, 2011). Penggunaan Internet terus meningkat seiring dengan proses transformasi yang menggerakkannya daripada medium pelayaran kepada medium transaksi yang membolehkan  penggunanya  melakukan  pelbagai  aktiviti    secara  dalam  talian  (Gunelius,  2011). Kini,  Internet  bukan  sahaja  berperanan  untuk  kegunaan  peribadi  tetapi  turut  digunakan  secara meluas  dalam  pelbagai  jenis  perniagaan.  Dalam  perniagaan  pelancongan  khususnya, Carson (2005) telah mengemukakan lima peranan penting Internet iaitu komunikasi, promosi, pengagihan produk, pengurusan dan penyelidikan.  Menurut Gunelius (2011), proses transformasi Internet terus berlaku dari semasa ke semasa sehingga  ia  bergerak  daripada  medium  transaksi  kepada  medium  sosial  yang  menawarkan komunikasi  dua  hala.  Generasi  baharu  Internet  ini  dikenali  sebagai  media  sosial.  Kemunculan media sosial didapati telah mengubah pengetahuan, keperluan dan jangkaan pengguna dari sudut carian  maklumat,  perkongsian  maklumat  dan  proses  membuat  keputusan  (Ferguson,  2008; Gunelius,  2011;  Jonscher,  2011).  Kini,  orang  ramai  mula  menggunakan  media  sosial  sebagai platform  urus  niaga  untuk  aktiviti  pembelian,  membuat  pertanyaan  dan  untuk  mendapatkan maklum  balas  (Gunelius,  2011).  Dari  sudut  organisasi  perniagaan,  media  sosial  membolehkan aktiviti seperti penyampaian maklumat, promosi dan proses mendapatkan maklum balas daripada pelanggan dilaksanakan dengan lebih baik (Sin, Khalil & Al-Agaga, 2012).Jadi,  tidak  hairanlah  sekiranya  dapat  kita  lihat  pada  hari  ini  hampir  setiap  perniagaan  akan menggunakan  manfaat  daripada  perkembangan  teknologi  ini  sebagai  peluang  untuk  mereka memasarkan  produk  dan  perkhidmatan  yang  ditawarkan  dalam  pasaran  yang  lebih  besar.  Trend ini  secara  tidak  langsung  turut  mempengaruhi  perniagaan  dalam  industri  pelancongan  yang merupakan  salah  satu  daripada  industri  terbesar  dan  terpantas  berkembang  di  dunia  (Yusniza, 2007;  Buhalis  &  Law,  2008). Justeru  kertas  kerja  ini  membincangkan  ciri-ciri  penerimaan  media sosial sebagai medium pemasaran penginapan bajet.


Kepentingan Media Sosial Dalam Perniagaan
Merupakan Aplikasi Terbaik Bagi Menjalankan Aktiviti Pemasaran
Media sosial merupakan aplikasi internet yang terbaik untuk digunakan oleh usahawan-usahawan industri kecil dan sederhana bagi menjalankan aktiviti pemasaran. Media sosial mampu mengecilkan serta menutup jurang di antara strategi yang telah dirancang dan perlaksanaan strategi yang akan dilaksanakan (Kim & Ko, 2012). Pemasaran secara atas talian menggunakan aplikasi media sosial mampu menyediakan satu platform baru dan baik kepada usahawan terutama di dalam bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini. Chung et. al. (2010) menyatakan dalam kajian mereka, media sosial merupakan jaringan maya yang disediakan kepada pengguna untuk menyatakan pendapat, bertukar buah fikiran, dan dapat menghantar serta mengawal mesej yang akan disampaikan di mana jua pada bila-bila masa. Media sosial juga mempunyai peranan yang sangat penting terhadap organisasi, kumpulan individu untuk berhubung khususnya. Di sesebuah organisasi, terdapat tiga peringkat pentadbiran iaitu peringkat strategik, pertengahan dan operasi (Laudon& Laudon, 2010). Peranan media sosial menjadikan perhubungan di antara peringkat pentadbiran ini dapat ditadbir dan diuruskan dengan lebih mudah. Maklumat dari peringkat strategik hingga ke peringkat operasi dapat disampaikan dengan lebih mudah dan cepat tanpa melibatkan penggunaan masa dan kos yang banyak. Komponen hibrid yang diutarakan oleh Junco (2010), menerusi model komunikasi pemasaran berintegrasi merupakan komponen dalaman organisasi yang penting pada masa ini. .Lim (2011) dalam kajian yang dijalankan mengatakan terdapat dua kaedah untuk memastikan kebolehlihatan sesuatu laman web di dunia siber, pertama adalah disebabkan berapa banyak bilangan capaian laman web luaran yang berpaut terhadap laman web tersebut Manakala kaedah kedua adalah dari aspek nilai sesebuah objek, isu dan kumpulan pengguna yang bertindak sebagai agen kepada kebolehlihatan tersebut. Ini secara tidak langsung akan menjadikan laman web atau laman media sosial itu lebih menonjol dan terserlah di kalangan kumpulan pengguna sendiri secara khusus mahu pun pengguna biasa. Pernyataan ini disokong oleh Hernandez (2009) yang menyatakan strategi utama untuk berjaya dan lebih terkehadapan adalah berdasarkan kualiti maklumat, kualiti sistem dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan menerusi platfom ini. Oleh itu, faktor tersebut memberi impak yang besar kepada usahawan melalui penggunaan aplikasi media sosial sebagai alat pemasaran yang kompetetif.

Platfom Pembinaan Laman Bisnes
Pembinaan laman bisnes merupakan elemen yang pertama yang perlu dilaksanakan oleh usahawan IKS khususnya bagi memulakan perniagaan menggunakan medium media sosial ini.Elemen ini merupakan inisiatif syarikat IKS sebagai langkah pertama untuk memasuki komuniti pengguna internet. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu dititik beratkan semasa mendaftarkan laman bisnes. Antara perkara tersebut adalah maklumat asas syarikat. Maklumat asas ini termasuklah berkenaan nama, logo, alamat dan latar belakang syarikat yang perlu jelas dinyatakan. Ini adalah penting bagi memastikan maklumat perniagaan dapat disampaikan kepada pelanggan khususnya berkenaan perniagaan yang dijalankan.Pernyataan disokong oleh Colliander (2011) yang menyatakan pengguna internet mencari maklumat dan berkomunikasi menggunakan media sosial yang menyediakan sebuah platform komunikasi yang lebih dinamik secara dua hala. Pengguna internet pada masa kini lebih bertindak secara pantas semasa mencari maklumat produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Maklumat yang mudah difahami dan baik berkenaan sesebuah syarikat mampu menarik perhatian yang lebih pengguna internet khususnya untuk mencapai laman bisnes yang dibangunkan. Menurut Naslund (2010) dan Shepherd (2011), maklumat asas berkenaan syarikat ini mampu memandu sesebuah organisasi untuk mencapai misi dan visi syarikat dengan lebih konsisten dimana ia akan memimpin pengguna internet khususnya pengguna media sosial memahami hasrat dan tujuan syarikat ini dibangunkan. Pengguna akan mendapat maklumat yang tepat tentang fungsi dan bentuk peniagaan yang dijalankan


3.3 Pembentukan Komuniti Di Kalangan Peniaga Dan Pelanggan
Pembentukan komuniti menerusi penggunaan laman media sosial ini melibatkan kepada komuniti dalaman dan luaran sesebuah syarikat.Komuniti dalaman sesebuah syarikat melibatkan kepada interaksi antara pekerja di dalam syarikat menggunakan platform media sosial untuk berinteraksi menggunakan pendekatan yang baharu.Penggunaan media sosial sebagai alat komunikasi baharu ini memberikan satu fenomena baharu di dalam sesebuah organisasi dari aspek penyampaian maklumat yang berkesan dan lebih efektif. Kesan penggunaan platform ini mampu menjadikan pembudayaan kerja di dalam sesebuah syarikat IKS khususnya lebih proaktif dan berdaya saing semasa menjalankan sesebuah tugasan yang ditetapkan. Kos operasi dapat dijimatkan menerusi penggunaan media sosial semasa berkomunikasi di dalam komuniti dalaman. Interaksi di antara syarikat IKS dan pelanggan lebih mudah dijalankan khususnya kepada pembangunan produk dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan (Shahizan, et al., 2012). Jumlah komuniti pengguna yang besar mampu meningkatkan kredibiliti dan keupayaan kuasa pemasaran usahawan IKS.

Pengurusan Kandungan Maklumat
Dengan kecanggihan teknologi media sosial para usahawan atau peniaga dapat menguruskan, melengkapkan, menyusun dan mengiklankan maklumat – maklumat yang berkaitan dengan perusahaan atau barang – barang yang diniagakan serta perkhidmatan dengan lebih menarik dan kemas dengan dilengkapi strategi masing – masing bagi menarik minat pelanggan. Maklumat yang sentiasa dikemaskini dan diselenggara dengan baik mendapat perhatian yang tinggi oleh pengguna internet (Safko& Brake, 2009). Pengguna internet pada masa kini lebih mengutamakan maklumat berkenaan produk dan perkhidmatan yang terkini dan baharu. Dengan reka bentuk yang dihasilkan oleh pembangun dan pereka seni kreatif laman media sosial tersebut dapat membantu meningkatkan kredibiliti dan kebolehupayaan sesebuah organisasi syarikat dalam menguruskan maklumat berkaitan perniagaan mereka. Menurut (Hernandez, et al., 2009) pemilihan aspek reka bentuk yang menarik termasuk penggunaan warna, susunan maklumat dan daya kreativiti pembangun laman media sosial menjadikan pengunjung selesa untuk mengunjungi dan membolehkan mereka lebih kerap untuk datang melawat. Penampilan merupakan nadi kepada kekuatan dan melambangkan kekreatifan seorang usahawan atau peniaga dan juga organisasi. Menurut Isacsson dan Gretzel (2011)  seseorang pengguna internet yang menggunakan laman media sosial lebih mudah memberikan maklum balas terhadap produk yang digunakan sekiranya pihak syarikat sentiasa memberikan respon yang baik dan berhemah. Oleh itu para usahawan atau peniaga harus bijak dalam menggunakan platform media sosial untuk mengemaskini maklumat dan berkomunikasi dengan pelanggan.

Penggunaan Media Sosial Dalam Perniagaan Secara Global
Dengan penggunaan media sosial dalam pelbagai aktiviti terutamanya dalam perniagaan dan keusahawanan telah memaparkan dunia yang seolah – olah tiada sempadan. Buktinya dengan bertambahnya syarikat – syarikat multinasional, jenama – jenama global dan peningkatan penggunaan berbagai – bagai jenis laman sosial yang menjadi platform sebagai penyebaran maklumat perniagaan bagi menarik perhatian para pembeli dan pengguna. Contoh yang dapat kita ambil adalah menerusi aktiviti pengiklanan. Kecanggihan teknologi media sosial dalam dunia hari ini banyak memberikan manfaat kepada kehidupan dan aktiviti manusia. Ianya amat menjimatkan kos dan masa dan manusia dapat berhubung di seluruh pelusuk dunia tanpa batasan dengan adanya internet. Di dalam era globalisasi ini banyak para usahawan dan peniaga menggunakan media sosial sebagai platform untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang di kenali perniagaan secara online ataupun atas talian. Tidak kira golongan itu samada usahawan tegar atau pun perniagaan kecilan ataupun sambilan yang dapat dilakukan di mana – mana sahaja. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan (Amir Milson, 2010) yang menyatakan perniagaan yang dijalankan menerusi online membolehkan komunikasi yang lebih efektif bersama pelanggan yang berpotensi dalam memberikan keuntungan kepada sesebuah perniagaan. Seperti yang dapat dilihat kini, masyarakat lebih gemar untuk melakukan pembelian “online”. Bagi mereka, kaedah ini lebih mudah dan amat bertepatan dengan gaya kehidupan mereka yang semakin hari semakin sibuk dengan hal-hal pekerjaan dan lain-lain.

Tahap Penggunaan Media Sosial Dalam Perniagaan Di Malaysia
Perkembangan  teknologi  telah  memperlihatkan  peningkatan  terhadap  penerimaan  ICT dalam dunia perniagaan masa kini. Bermula dengan penerimaan Internet, ia mula terarah kepada medium yang lebih fokus dan bersifat persendirian iaitu teknologi e-mel. Kemudian, melalui proses transformasi   teknologi,   media   sosial   dilihat   semakin   diterima   untuk   tujuan   kelangsungan perniagaan (Gunelius, 2011; “Kongsi data di Internet”, 2012). Kini, penerimaan media sosial dalam perniagaan  dapat  dilihat  melalui  medium  seperti  Facebook,  Twitter,  YouTube,  LinkedIn  dan  blog (Au,  2010;  Gunelius,  2011). Kemudahan  infrastruktur  yang  disediakan  oleh  pihak  kerajaan Malaysia pada hari ini telah menghasilkan capaian kepada talian Internet yang lebih pantas, murah dan  mudah.  Suatu  ketika  dahulu,  Internet  hanya  boleh  diakses  melalui  komputer  persendirian. Setelah  melalui  beberapa fasa  inovasi  teknologi,  kini Internet boleh  diakses  oleh  pengguna  pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui pelbagai medium seperti komputer riba, komputer tablet  dan  telefon  pintar.  Hasil  daripada  perkembangan  itu,  akses  terhadap  laman  media  sosial juga semakin meningkat, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Kajian Jonscher (2011) turut mendapati kebanyakan SME  yang menawarkan perkhidmatan penginapan  menggunakan  laman  sosial  seperti  Tripadvisor,  Facebook,  Twitter  dan  YouTube dalam  pemasaran  mereka.  Selaras  dengan  itu,  dapatan  kajian  Lee (2011)  berkenaan  kesan rangkaian  sosial  terhadap  penerimaan  teknologi  dalam  pelancongan  menunjukkan  Facebook merupakan  laman  sosial  yang  paling  banyak  diterima  dalam  promosi  dan  pemasaran  destinasi pelancongan  diikuti  oleh  Twitter  dan  YouTube. Menurut  Au  (2010)  mendapati penerimaan media sosial dalam pemasaran banyak bergantung kepada saiz sesebuah organisasi perniagaan. Perniagaan  yang  bersaiz  besar  didapati  lebih  menerima  perkembangan  teknologi  berbanding perniagaan  SME. Menurut  kajian  Mastura,  Abdul  Rashid  dan  Siti  Zaleha  (2012)  berkenaan pemasaran   penginapan   bajet   di   Malaysia   menunjukkan   hampir   50   peratus   hotel   bajet menggunakan laman web untuk mempromosikan produk mereka. Penerimaan media sosial pada hari  ini  telah  menjelaskan  peranannya  sebagai medium  pemasaran  baharu  kepada  organisasi perniagaan  dan  sumber  maklumat  utama  kepada  pengguna  (Akehurst,  2009;  Jonscher,  2011). Pelancong   kini   menjadikan   media   sosial   sebagai   platform   untuk   mendapatkan   maklumat, berkomunikasi dan  berkongsi  pengalaman  pelancongan  mereka  dengan  pengguna  Internet  yang lain (Tussyadiah & Fesenmaier, 2009; Xiang & Gretzel, 2010). Media  sosial  juga  menawarkan  promosi  tidak  langsung  kepada  organisasi  perniagaan melalui perkongsian maklumat dalam kalangan pengguna Internet atau yang lebih dikenali sebagai word-of-mouth (WOM)  (Litvin,  Goldsmith  &  Pan,  2008).  WOM  merupakan  proses  komunikasi secara  tidak  langsung  yang  terbentuk  daripada  perkongsian  maklumat  dan  pengalaman  dalam kalangan pengguna mengenai sesuatu produk, perkhidmatan dan jenama perniagaan (Neff, 2010; Salamiah, Nor’ain & Nik Maheran, 2011). Dalam industri pelancongan, WOM berpengaruh sebagai satu bentuk pemasaran berikutan produk pelancongan yang bersifat tidak nyata (intangible) (Litvin, Goldsmith  &  Pan,  2008;  Au,  2010).  Berdasarkan  kepada  ciri-ciri  aplikasi  pada  media  sosial,  ia berpotensi  sebagai  platform  bagi  aktiviti  WOM  dalam  kalangan  pelancong  (Au,  2010).  Kajian Mangold  dan  Faulds  (2009)  dan  Davidson  (2011)  mendapati  WOM  melalui  media  sosial  telah membawa kepada penemuan istilah Electronic Word-of-Mouth (eWOM) yang merupakan lanjutan kepada konsep WOM tradisional. Satu kajian telah dilakukan oleh syarikat penyelidikan Universal McCann  Malaysia  dan  mendapati  rakyat  Malaysia  adalah  di  antara  kumpulan  masyarakat  yang mempunyai  rangkaian kenalan  dalam  talian  yang  terbesar  di  dunia  (“Kongsi  data  di  Internet”, 2012).  Menurut  kajian  ini  lagi,  penembusan  talian  Internet  di  Malaysia  mencapai  sehingga  22 peratus  dan  merupakan  antara  negara  terpantas  di  dunia  menerima  guna  teknologi  komputer tablet.Trend  ini  telah  mendorong  pihak  kerajaan  khususnya  Kementerian  Pelancongan  Malaysia untuk  menggalakkan  penerimaan  media  sosial  dalam  kalangan  pengusaha  pelancongan  untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkannya (Juergen, 2012; Shaun, 2012).

Cabaran / Halangan Penggunaan Media Sosial Di Malaysia
Undang – Undang Dan Kawalan Kerajaan Yang Agak Ketat
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata meskipun rakyat di negara ini bebas menggunakan media sosial namun kawalan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dikuatkuasakan secara tegas untuk mengambil tindakan terhadap sebarang penyalahgunaannya. "Di bawah akta ini, lebih 6,000 laman sesawang yang melakukan kesalahan, termasuk menghina kesucian agama dan institusi beraja, telah disekat setakat April tahun 2008 (Bernama, 2 April 2008).  Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah menetapkan 15 November 2010 sebagai tarikh penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), diperkenalkan khusus bagi mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersial. akta yang diluluskan pada April 2010 itu merupakan sebahagian matlamat dasar ke-10 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu bagi menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan serta keutuhan rangkaian dalam perlindungan data di Malaysia. Beliau berkata Malaysia merupakan negara pertama dalam kalangan negara anggota ASEAN yang menguatkuasakan akta seumpama itu, sekali gus menjadikan objektif transformasi Malaysia ke arah menjadi sebuah negara maju sebagai Hub Dunia ICT yang bakal menjadi kenyataan. Oleh itu, rakyat Malaysia hendaklah berhati – hati dalam mengeluarkan kenyataan di laman media sosial namun undang – undang ini hendaklah digunakan secara adil dan telus tanpa pengaruh mana – mana pihak untuk kepentingan sesuatu pihak sahaja.

Kesahihan Maklumat.
    Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang bermaksud :
“Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka hendaklah kamu berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya”.[9]
Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada sumber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.

Pelayaran Web Negatif.
Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedahmemberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa. Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan tercela. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud
“Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji ‘.[10]
Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive gambling. Material berkaitan sex begitu mudah dan tersiar di internet dengan pelbagai dimensi dan ilustrasi pornografi dan chatroom yang membicarakan unsur-unsur seksual Kewujudan berbagai bentuk laman web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup insaniah sebagaimana yang diajar oleh Islam.

Aktiviti Perjudian Dan Penipuan
Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati berlakunya penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi. Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Kegiatan perjudian mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi. Firman Allah dalam al-Quran bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, menenun nasib dan menyembah berhala adalah kotor dari amalan syaitan . Oleh itu hendaklah kamu jauhi mudahan kamu berjaya”[13]

Perubahan Gaya Hidup Dan Pencemaran Bahasa
Pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya merubah paradigma sosiobudaya dan bahasa komunikasi. Penjajahan budaya hidup Barat dalam aspek pakaian, makanan, minuman, tingkahlaku, hiburan telah menukar jati diri manusia. Pakaian tradisonal setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara atau perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang dibanggakan. Makanan seperti kuih tradisional bertukar dengan makanan impot dengan pelbagai jenama terkenal di dunia. Seperkara yang menarik dalam isu ICT ialah berlakunya tanpa disedari iaitu kerosakan bahasa. Bahasa sms dan chatting memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah. Kesannya terbawa sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka terutama di kalangan anak remaja. Misalnya perkataan Assalamualaikum sudah diringkaskan dengan berbagai cara seperti Asm.,Akum, Aslam dan Salam mulai tersebar penggunaannya. Perkataan ini jelas tidak tepat dari susunan ejaan, kata-kata dan maknanya sendiri. Ianya jelas merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.

Faktor – Faktor Pendorong Penggunaan Media Sosial
Mendorong Perubahan Ke Arah Penyertaan Masyarakat Secara Online
Penyertaan masyarakat bukan hanya terjadi di dunia nyata tetapi juga di dunia maya (Ali & Samsudin 2012). Malah, media sosial telah memberikan impak terhadap penglibatan masyarakat dalam isu semasa. Penglibatan ini meliputi aktif mengikuti perkembangan isu semasa menerusi blog, membentuk online group untuk menyampaikan aspirasi, membuat blog tentang isu semasa, memberi komen dalam berita online, artikel/ blog, mengambil bahagian dalam online discussion, memuat turun ataupun menyebar luaskan berita yang berkaitan dengan isu semasa (PewInternet 2009; Ali & Samsudin 2012). Tidak kira sama ada dari segi teknologi, politik, ekonomi, hiburan, sukan, isu semasa, segala maklumat sangat mudah & cepat didapati dari media sosial. Kadang kala maklumat yang ada di media sosial tidak tertulis dalam surat khabarat aupun tersiar di kaca televisyen malah media sosial juga turut membantu menyebarkan budaya popular. Kemudahan yang disediakan dalam mengakses akaun media sosial telah menyebabkan meledaknya jumlah pengguna media sosial dari semasa ke semasa.

Faktor Yang Membawa Kepada Mudah Guna (Perceived Ease Of Use)         
Apabila Internet dan teknologi telefon bimbit menjadi semakin maju maka media sosial berkembang pesat juga. Kini, untuk mengakses Facebook, YouTube ataupun Twitter boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan telefon bimbit (Luik 2010). Kemampuan untuk mengakses media sosial melalui aplikasi mudah alih (mobile web) merupakan faktor pendorong dalam kejayaan media sosial. Hal ini kerana ia memiliki kualiti capaian maklumat yang maksimum walaupun diakses melalui telefon pintar sehingga telefon bimbit biasa. Perkembangan media sosial yang semakin pesat dengan ragam aplikasi seperti mengirim mesej, muat naik ataupun muat turun gambar, permainan, chat, muzik, tayangan video menyebabkan penggunanya sentiasa menghabiskan masa di hadapan skrin gadget miliknya. Sebahagian besar pengguna media sosial di dunia ialah golongan generasi muda yang dilahirkan pada tahun akhir 80-an atau awal 90-an. Nielsen (2011) melaporkan bahawa pengguna didominasi oleh wanita dan berusia 18-34 tahun adalah yang paling aktif dalam media sosial. Mereka menggunakan dengan pesat media baru dan teknologi terkini. Mereka berminat dan lebih tertarik dengan segala sesuatu yang berkaitan dengan Internet dan aplikasinya. Mereka sangat aktif dan cenderung untuk melibatkan diri dengan laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ ataupun YouTube.

Manfaat Yang Dapat Dilihat (Perceived Usefulness)
Kemanfaatan merujuk kepada sejauh mana individu itu percaya bahawa menggunakan suatu sistem tertentu akan meningkatkan prestasi kerja orang tersebut (Davis 1989). Berdasarkan definisi tersebut, dimensi kemanfaatan dapat dilihat dari segi peningkatan produktiviti dan menjadikan kerja lebih efektif.  Di dalam penggunaan internet, para pengguna mempertimbangkan manfaat dan kegunaan internet tersebut. Pertimbangan seperti itu akan mempengaruhi persepsi para pengguna internet terhadap perilakunya.Penelitian tentang minat berperilaku(behavioral intention)dalam penggunaan teknologi dilakukan dengan menggunakanTechnology Acceptence Model (TAM). Penelitian-penelitian psikologi yang dikemukakan oleh Ajzen (1991) menunjukkan adanya norma subjektif yang menjadi suatu ukuran penting bagi minat berperilaku para pengguna suatu teknologi. Norma subjektif merupakan kritikal masyarakat (Markus 1990), pengaruh sosial (Fulket al.1987), dan penyesuaian diri dengan struktur masyarakat (Poole dan DeSantic 1990). Di samping faktor norma subjektif, peranan gender  juga dapat mempengaruhi minat berperilaku seseorang dalam menggunakan teknologi informasi (Gefen danStraub, 1997)

Rangkaian Antara Peribadi Dan Sosial (Interpersonal And Social Networks)
Rangkaian antara peribadi dan sosial merujuk kepada penggunaan media sosial sebagai medium komunikasi, sosialisasi atau pergaulan antara ahli keluarga, saudara mara, kawan rapat dan rakan sekolah/universiti, tokoh terkenal, ahli politik atau selebriti (Park et al. 2009). Menurut Papacharissi (2009), facebook muncul sebagai instrumen rangkaian sosial yang begitu terbuka kepada umum an didalamnya terdapat pelbagai aplikasi – aplikasi yang boleh digunakan oleh penggemar facebook. Secara amnya kewujudan laman web rangkaian sosial telah digunakan oleh semua peringkat lapisan masyarakat tidak kira samada golongan pelajar, suri rumah, para pekerja sektor awam, sektor swasta dan tidak terkecuali para peniaga dan usahawan samada kecil atau besar. Mereka menggunakan rangkaian web ini bagi pelbagai tujuan antaranya bagi meningkatkan dan meluaskan rangkaian perniagaan dan rangkaian individu. Kewujudan laman – laman web rangkaian sosial seperti facebook, Myspace dan Twitter telah memberi satu altenatif baru dalam interaksi dan komunikasi melalui ruang maya. Ini telah menarik minat ramai pengguna atau pelayar internet melibatkan diri. Mereka juga menggunakan laman – laman sosial ini untuk berkomunikasi bagi memenuhi kepuasan hiburan, interaksi sosial, pembelajaran sehingga membawa kepada tabiat dan ketagihan.

Kesimpulan
Teknologi  pada  hari  ini  memperlihatkan  akses  terhadap Internet  boleh  dilakukan  pada  bila-bila   masa   dan   di   mana-mana   sahaja.   Perkembangan   ini   telah   mempengaruhi   kegiatan perniagaan dan usahawan   untuk   menggunakan   media   sosial   bagi   tujuan   kelangsungan perniagaan dan perusahaan.  Hasil  dapatan  kajian  membuktikan  bahawa  hasil  sektor  perniagaan dan perusahaan turut  disokong  oleh  elemen  teknologi  atau ICT.  Melalui  ciri-ciri  teknologi  seperti  mudah  diguna,  mempunyai  kelebihan  secara  relatif  dan mempunyai keserasian, et kini dilihat lebih agresif menjalankan aktiviti pemasaran secara  dalam  talian  yang  seterusnya  menyumbang  kepada  pertumbuhan  industri  perniagaan dan  ekonomi  negara.  Ciri-ciri  penerimaan media  sosial  dalam  kalangan  peniaga tidak kira besar atau kecil  menunjukkan bahawa wujud kecenderungan dalam proses pembuatan keputusan mereka untuk   mengaplikasikan   elemen   teknologi   dalam   pemasaran   perniagaan.Oleh   itu   dapatlah disimpulkan  bahawa,  rakyat Melaysia hari  ini  semakin  terbuka  untuk  menerima  teknologi  dalam urusan perniagaan mereka.



Rujukan




Ali Salman & Samsudin A. Rahim. 2012. New media and youth participation: 
        towards nation building. Retrieved from http://www.ukm.my/  
        27 September 2012].

Au, A. (2010). Adoption of web 2.0 by tourism business in NSW.  Report for 
        Tourism New South Wales. Dapatan kembali pada Oktober 30, 2012                        daripada http://www.archive.tourism.nsw.gov.au/.

Akehurst,  G.  (2009).  User  generated  content:  The  use  of  blogs  for  tourism
 organisations  and tourism consumers. Service Business, 3(1) , 51-61.

Bachmair, B. (2006). Medien Padagogik. Medienpaed. Retrieved from
            www.medienpaed.com/06-1/bachmair2.pdf.

Cheung, C. M. K., & Lee, M. K. O. (2010). A theoretical model of intentional sosial
            action in online sosial networks. Decision Support Systems, 49(1), 24-30.

Chung, C., & Austria, K. (2010). Sosial Media Gratification and Attitude toward Sosial
Media Marketing Messages: A Study of the Effect of Sosial Media Marketing Messages on Online Shopping Value, Proceedings of the Northeast Business & Economics Association: Northeast Business & Economics Association.

Colliander, J. M. D. (2011). Following the Fashionable Friend: The Power of Social
            Media. Journal of Advertising Research, 51(1), 313-320.

Gunelius,  S.  (2011). 30-minute  social media  marketing:  Step-by-step 
            techniques tospread  the word about your business fast and free. 
           USA:McGrawHillCompanies. https://sitinorhanani.wordpress.com/2011/12/15/kesan- 
           dan-cabaran-dunia-siber dalam -pembentukan-akhlak-masyarakat/

Isacsson, A. & Gretzel, U. (2011).Facebook as an edutainment medium to engage
students in sustainability and tourism.Journal of Hospitality and Tourism Technology, Vol. 2( No. 1), 81-90. doi: 10.1108/17579881111112430.

Jonscher, C. (2011). Social media-potential, perception and usage as a marketing tool:
The case of  small  and  medium  sized  accommodation  providers  in  Auckland.  (Tesis  Sarjana). Auckland University of Technology, Auckland.

Kim, A. J., &Ko, E. (2012). Do social media marketing activities enhance customer
equity? An empirical study of luxury fashion brand.Journal of Business Research, 65(10), 1480-1486.

Kod Etika Kewartawanan Malaysia (2010). Kuala Lumur: Institut Akhbar Malaysia.
            Laudon, K. C. &Laudon, J. P. (2010). Management Information Systems: Managing               The Digital Firm (11 ed.). Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Education.

Lim, Y. S., & Park, H. W. (2011). How do congressional members appear on the web?
Tracking the web visibility of South Korean politicians. Government Information Quarterly, 28(4), 514-521.

Lee, B. C. (2011). The impact of social capital and social networks on tourism
technology adoption for destination marketing and promotion: A case of convention and visitors bureaus.(Tesis PhD). University of Illinois, Urbana.

Litvin,  S.  W.,  Goldsmith,  R.  E.,  &  Pan,  B.  (2008).  Electronic  word-of-mouth  in 
hospitality  and tourism management. Tourism Management, 29, 458-468. doi:10.1016/j.tourman.2007.05.011.

McLuhan, M. (1964). Understanding Media: The Extensions of Man. Bergen Field, NJ:
 New American Library.

Mirabito, M.A.M & Morgenstern, B.L. (2004). The New Communications Technology:
            Applications, Policy, and Impact. Fifth Edition. Focal Press.

Magazine Publishers of America. (2009). The Magazine Handbooks: A Comprehensive
            Guide 2007/08. Retrieved from http://www.magazine.org.

Neff, J. (2010). What happens when Facebook trumps your brand site? Advertising age,
81(30), 2-22. Dapatan kembali pada Mac 15, 2013 daripadaBusiness Source Complete database.

Naslund, A. (2010). Sosial media from the inside out. Communication World, 27(5), 36-
39.

Papacharissi, Z. (2009). The virtual geographies of social networks: a comparative
analysis of Facebook, Linkedln and ASmallWorld. New Media & Society, Vol. 11, No 1-2, 199-220 at January 19, 2010. Retrieved from  http:/nms.sagepub.com/cgi/content/11/1-2/199.

Park, S. Y. 2009. An analysis of the technology acceptance model in understanding
university students’ behavioral intention to use e-learning. Educational Technology & Society.

Safko, L. &Brake, D. K. (2009). The Social Media Bible: Tactics, Tools & Strategies for
            Business Success (1 ed.). Hoboken, New Jersey: John Wiley & Sons.

Straubhaar, J., LaRose, R. & Davenport R.,  (2011). Media Now: Understanding Media,
            Culture, and Technology, 2011 Update  Seventh  Edition. Thomson-Wadsworth.

Shahizan, H., Norshuhada, S., Norlaily, H.,Sobihatun Nur, A.S., & Mohd Samsu, S.,
(2012). Social Media as Persuasive Technology for Business: Trends and Perceived Impact in Malaysia. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Salamiah,  A.  J.,  Nor’ain,  O.,  &  Nik  Maheran,  N.  M.  (2011).  The  moderating
Influence  of Psychographics in Homestay Tourism in Malaysia. Journal of Travel and Tourism Marketing, 28(1), 48-61.

Shepherd, C. (2011). Does sosial media have a place in workplace learning?
            [Viewpoint]. Strategic Direction, 27(2), 3-4.

Tussyadiah, I. P., & Fesenmaier, D. R. (2009). Mediating tourist experiences. Access to
            places via shared videos. Annals of Tourism Research , 24-40.

Xiang, Z., & Gretzel, U. (2010). Role of social media in online travel information search.
            Tourism Management,  31, 179-188.

Lampiran

Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 57
Peranan Media Massa Memartabatkan Integriti Nasional
Mohd Hamdan Haji Adnan
Artikel ini membincangkan mengapa media massa perlu memelihara dan
memartabatkan integriti nasional dan apakah padahnya jika ia tidak berfungsi
sedemikian. Antara isu lain yang turut dibincangkan ialah pendekatan untuk
memelihara integriti nasional, perundangan media massa yang mendukung
usaha memartabatkan profesion kewartawanan, penubuhan majlis media dan
peranan SUHAKAM selaku badan yang menjaga kebebasan bersuara serta
membela kepentingan rakyat daripada sebarang penindasan terhadap hak asasi
manusia.
Kata kunci: Media massa, majlis media, media sosial, integriti nasional dan
reputasi.
Pengenalan
Usaha saluran media massa sama ada yang tradisional, konvensional, mahupun
media sosial melalui Internet, untuk memelihara integriti nasional harus sentiasa dipantau
dan dilestarikan. Sekiranya media massa tidak dipantau dengan berkesan ia boleh saja
terpesong ke arah kegiatan negatif seperti menabur fitnah serta pembohongan yang pasti
boleh merosakkan nama baik, bukan sahaja individu, khususnya pemimpin, tetapi juga
reputasi negara seperti integriti nasional.
Dalam hal ini media massa merupakan alat sebaran am atau teknologi penyebaran
awam seperti akhbar, buku, majalah, radio, televisyen dan Internet yang mampu menemui
khalayak yang besar seperti penduduk sesebuah negara. Istilah media massa diperkenalkan
pada tahun 1920-an dengan teknologi rangkaian radio yang luas, akhbar serta majalah yang
diedarkan dalam kapasiti yang besar. Walau bagaimanapun, beberapa bentuk media massa
seperti buku dan manuskrip sudah digunakan sejak berkurun lamanya. Istilah media awam
mempunyai makna yang sama: ia merangkumi berita dan genre hiburan yang diterbit
melalui surat khabar, televisyen, radio, dan apa juga bentuk bentuk penyiaran lain, yang
mungkin memerlukan penglibatan persatuan dalam pasaran media yang besar seperti
Newspaper Guild, AFRTRA dan penerbit teks (Wikipedia, 2014).
Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 58
Pada zaman ‘dunia di hujung jari’ atau ‘penerangan di hujung jari’ ini, konsep serta
pengertian media massa kian meluas kerana pelbagai maklumat boleh didapati melalui
Internet. Penggunaan Internet ibarat makanan ruji penduduk dunia masa kini. Maka, tidak
hairanlah, semakin hari, semakin banyak program aplikasi yang diwujudkan seperti
facebook, Twitter, skype, viber, blogspot dll. Organisasi yang mengendalikan teknologi
media massa juga dikenali sebagai organisasi media massa dalam industri komunikasi.
Istilah integriti pula sebenarnya berasal dari bahasa Inggeris yang bererti keutuhan
dari semua segi yang ideal. Ia biasanya menjurus ke arah perwatakan seseorang. Mengikut
Kamus Dwibahasa, 1985, integriti ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan dan
keutuhan. Dari maksud yang didapati dari kamus tersebut, integriti adalah sifat jati diri yang
merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip,
tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.
Integriti kepada organisasi resminya merujuk kepada pelaksanaan kod etika, piagam
pelanggan, sistem dan proses kerja serta pematuhan amalan terbaik. Kod etika organisasi
budaya (Pelan Integriti Nasional).
Sumber: Laman Web SPRM
Pelan Integriti Nasional (PIN) adalah satu pelan atau rancangan yang dirancang
serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan
Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 59
memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia.
Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia
memastikan perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik secara
beretika. Pelan ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur
dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat
pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha tersebut tidak tekal dan tidak
menyeluruh, dan akibatnya sebilangan besarnya menemui kegagalan terutamanya dalam
usaha mewujudkan sinergi semua sektor. Masalah ini mungkin kerana terdapat halangan
seperti sikap individu, kepimpinan sesebuah organisasi, sistem penyampaian atau karenah
birokrasi, serta disiplin dan budaya masyarakat itu sendiri dalam melaksanakan satu-satu
program.
Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik
dalam konteks memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk
membudayakan integriti. PIN telah dilancarkan pada April 2004, oleh mantan Perdana
Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ini selaras dengan cabaran keempat
Wawasan 2020, iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan
etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh,
dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
Bagi menjayakannya, semua pihak harus terlibat, terutamanya bagi media massa
yang pengaruhnya kian meningkat dengan rakyat semakin terdedah kepadanya. Peranan
media massa bagi memelihara integriti nasional dibuat berasaskan tanggungjawabnya
dalam menjamin kepentingan awam dan negara, tidak kira sama ada peranan itu direstui
atau tidak oleh Kerajaan. Adalah diakui antara peranan terpenting media massa adalah
untuk mendedahkan sebarang kemungkaran yang melibatkan kepentingan awam serta
sentiasa memastikan hak rakyat terbela. Maka, resminya pihak media massa merasakan
menjamin kepentingan awam dan integriti nasional adalah antara tanggungjawab utama
bagi memastikan kredibilitinya dilestarikan.
Di samping itu, usaha mempertahankan integriti negara turut menguntungkan pihak
media massa sendiri. Ini kerana dengan adanya kredibiliti pihak media akan terus menjadi
sumber maklumat yang dipercayai dan diyakini. Harus ditegaskan bahawa lumrahnya pada
masa kini pihak media massa di Malaysia adalah syarikat yang mencari keuntungan,
meskipun melalui Internet. Namun, para blogger tetap ada keistimewaan tersendiri dalam
hal kebebasan bersuara yang tidak dikongkong oleh dasar syarikat. Bagaimanapun, semua
media massa perlu mematuhi setiap undang-undang negara yang berkaitan dengan media
dan komunikasi massa.
Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 60
Lazimnya, liputan mendalam mengenai penindasan, rasuah, salah guna kuasa dan
apa juga salah laku akan meningkatkan bilangan pelanggan bagi media berkenaan serta
pengaruh dan pendapatannya. Sebaliknya, media massa yang dianggap kurang
menyempurnakan tugas ini akan hilang kredibiliti dan integriti serta pelanggan. Ini pernah
terjadi kepada beberapa media utama di Malaysia ketika kes Anuar Ibrahim hangat diliputi.
Ketika itu, pihak media massa khususnya yang dianggap perdana dipersepsi sebagai terlalu
prokerajaan. Padahnya, kepercayaan pengguna terhadap mereka cepat merosot lalu
mengakibatkan kehilangan pelanggan yang hampir memufliskan syarikat-syarikat media
terbabit. Organisasi-organisasi media berkenaan telah mengambil masa untuk
mendapatkan kredibiliti dan pelanggan mereka kembali demi memastikan keuntungan serta
kelestariannya.
Sebaliknya, dalam kes ini juga beberapa akhbar alternatif yang dianggap memberi
liputan yang tepat dan jujur mendapati jualan atau pelanggannya melambung. Dalam pada
itu saluran maklumat dalam Internet turut menjadi popular. Misalnya, akhbar dalam Internet
seperti Malaysiakini dan beberapa blog menyokong pihak yang dianggap menjadi mangsa
ketidakadilan terus melipatgandakan jumlah khalayak mereka. Di sini terlihat terdapat
signifikannya kewibawaan dan integriti sebagai dua unsur yang berperanan penting dalam
mendapatkan sokongan dan keuntungan lestari bagi pihak media.
Integriti bukan sahaja menentukan ‘maju’ atau matinya sesuatu media, ia juga
mampu menentukan kedudukan survival para pemimpin dan negara. Seseorang pemimpin
yang integritinya dipersoalkan tentunya akan cukup sukar mempertahankan kedudukannya.
Malah, apabila integriti sesebuah negara diragui, jumlah pelabur dan pelancong akan
merosot, jumlah rakyat resah dan tidak berpuas hati turut meningkat. Contohnya, apabila
sesebuah negara diberi liputan meluas kerana tidak menghormati hak asasi manusia sudah
pasti jumlah kemasukan pelabur asing dan pelancong akan jatuh menjunam. Ini pernah
berlaku kepada beberapa negara di Asia Tenggara.
Maka amat wajarlah Malaysia, di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak turut memberi tumpuan kepada pemeliharaan dan peningkatan integriti negara.
Keperluan untuk meningkatkan integriti nasional juga kian dirasai. Dalam era
globalisasi yang pesat dengan pelbagai pertubuhan antarabangsa, seperti Tranparency
International, Amnesty International, media global dan pelbagai lagi jaringan yang
jumlahnya sentiasa meningkat, gerakan mencari kelemahan sesebuah negara termasuk
kedudukan integritinya seringkali menjadi agenda syarakat dunia. Sebagai contoh
kedudukan kebebasan akbar di Malaysia saban tahun kian merosot. Ini jelas apabila
kumpulan Wartawan Tanpa Sempadan meletakkan Malaysia pada tangga 145 daripada 179
Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 61
negara dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2013. Ini menunjukkan penurunan 23 anak
tangga berbanding pencapaian Malaysia pada 2011/2012.
Dalam hal ini sudah tentu ramai penyokong kerajaan akan merasakan penilaian ini
adalah berat sebelah serta tidak berlandaskan kepada realiti kebebasan media Malaysia di
bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Misalnya, Kelab Wartawan
Muda Malaysia (KWMM) mempertikaikan penilaian kumpulan Wartawan Tanpa Sempadan
yang meletakkan Malaysia di tangga 145 dari 179 negara dalam Indeks Kebebasan Media
Dunia 2013. KWMM menganggap penilaian itu yang menunjukkan penurunan 23 anak
tangga berbanding pencapaian pada 2011/2012 sebagai berat sebelah serta tidak
berlandaskan kepada realiti kebebasan media Malaysia di bawah pentadbiran Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak. KWMM juga menolak sama sekali dakwaan kumpulan yang
berpangkalan di Paris itu yang menjadikan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April tahun lalu
sebagai alasan untuk menuduh kerajaan Malaysia menyempitkan saluran akses kepada
maklumat (Bernama, Jan 31, 2013).
Di Malaysia dengan adanya Pelan Integriti Nasional (PIN) keperluan media untuk
melibatkan diri dalam memajukan integriti rakyat dan negara kian dirasai dan diiktiraf.
Apa yang dimaksudkan sebagai integriti juga kian jelas. Melalui PIN suatu jentera
menyeluruh untuk melibatkan semua sektor termasuk badan swasta, parti politik,
pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan agama, media, pertubuhan wanita, belia dan
pelajar bersama-sama dengan kerajaan dibentuk dalam gerakan pemantapan integriti
dengan padu. Menjadi pedoman bagi penggubalan dan pelaksanaan PIN ialah semangat dan
prinsip Perlembagaan Persekutuan, falsafah dan prinsip Rukun Negara serta aspirasi
Wawasan 2020.
Sebenarnya, PIN berusaha memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020. Iaitu:
“membentuk sebuah masyarakat yang kukuh cici-ciri moral dan etikanya, dengan para
warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi
pekerti yang luhur.”
Penggubalan PIN diperkasakan dengan mempertimbangkan keseluruhan pandangan
dan cadangan yang dihasilkan melalui satu siri seminar kebangsaan yang berlangsung
selama dua bulan. Ia disertai oleh hampir semua sektor yang turut melibatkan pihak media.
Sasaran PIN bagi tempoh 2004-2008 yang dikenali sebagai TEKAD 2008 ialah isu-isu
yang sentiasa mendapat perhatian media massa, sama ada pada masa lampau, kini atau
masa depan, di Malaysia atau pada tahap global. Antaranya ialah:
1. Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan;
Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 62
2. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan
mengatasi karenah birokrasi;
3. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;
4. Memantapkan institusi keluarga; dan
5. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
Untuk menjayakan TEKAD 2008, PIN berusaha menggerakkan semua sektor yang
termasuk unit keluarga, komuniti dan masyarakat sivil supaya selaras dan bekerjasama bagi
melaksanakan semua rancangannya. Gerakan pemantapan PIN ini tertumpu kepada
peningkatan integriti daripada peringkat akar umbi sehingga kepada pucuk kepimpinannya.
Adalah dirasakan bahawa gerakan pemantapan integriti yang dipacu oleh PIN serta
diselaraskan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) akan membolehkan Malaysia secara teratur
mencapai cita-cita menjadi sebuah masyarakat maju berintegriti menurut acuan sendiri.
Namun begitu, peranan media massa dalam memastikan integriti negara terjamin turut
diperlukan. Maka, adalah penting bagi pihak media untuk turut sama menyertainya
memandangkan bahawa media kini kian berpengaruh dengan khalayaknya yang
berpendidikan tinggi dan berilmu. Penglibatan rakyat menyuarakan pendapat dan rintihan
mereka melalui media massa juga kian meningkat. Beberapa ruang dan program di media
memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara. Rakyat pula semakin berani bersuara
melalui media massa. Sifat media dalam talian yang lebih bebas misalnya membuka ruang
kepada khalayak untuk bersuara lantang. Media sosial pula menjadi alat sebaran am yang
bersifat peribadi dan memberikan ruang luas untuk suara-suara lantang dan menentang
terutamanya pihak pembangkang dan individu yang berdiri atas prinsip keterbukaan minda.
Akhir-akhir ini kini, liputan media dalam talian kian menyeluruh dan mendalam,
bersifat interaktif serta peribadi. Jumlah rakyat menggunakan Internet dan blog untuk
berkomunikasi dan mendapatkan maklumat juga bertambah (18 juta pengguna Internet
pada tahun 2012, Internet World Stats, 2014). Dengan kerajaan aktif membudayakan
penggunaan ICT maka kadar rakyat yang mahir menggunakannya turut meningkat
mendadak. Teknologi komunikasi pula kian mesra pengguna. Akses dan laluannya pula
meningkat pesat. Media Internet, dan khususnya media sosial seharusnya digunakan
sebaik-baiknya bagi memelihara integriti negara oleh semua pihak yang cintakan Malaysia.
Jika, tidak kemungkinan besar pihak kurang bertanggungjawab akan menyalahgunakannya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata
meskipun rakyat di negara ini bebas menggunakan media sosial namun kawalan di bawah
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dikuatkuasakan secara tegas untuk mengambil
Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 63
tindakan terhadap sebarang penyalahgunaannya. "Di bawah akta ini, lebih 6,000 laman
sesawang yang melakukan kesalahan, termasuk menghina kesucian agama dan institusi
beraja, telah disekat setakat April tahun 2008 (Bernama, 2 April 2008).
Menurut Ahmad Shabery: "Melindungi maklumat data peribadi adalah suatu
tanggungjawab sosial yang besar kerana Industri Data Besar (Big Data) di Malaysia sedang
berkembang pesat, dan ia juga merangkumi soal data peribadi serta maklumat penting
sesebuah organisasi". Beliau menyatakannya dalam sidang media di KKMM di Putrajaya.
Ahmad Shabery menganggarkan ketika ini terdapat kira-kira 25,000 institusi dalam negara
yang dikategorikan sebagai pengguna data yang perlu mendaftar dengan JPDPM dan
mematuhi akta berkenaan. Menjawab satu soalan mengenai keseriusan masalah berkaitan
pembocoran maklumat data peribadi, katanya beliau difahamkan setiap bulan pihaknya
menerima antara 800 hingga 1,000 aduan berhubung maklumat peribadi individu yang
disalurkan kepada pihak tidak sepatutnya (Bernama, 26 November, 2010).
Maka, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah menetapkan 15
November 2010 sebagai tarikh penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta
709), diperkenalkan khusus bagi mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam
untuk tujuan komersial. Selaras dengan penguatkuasaan akta itu, semua pihak yang
dikategorikan sebagai pengguna data di bawah Perintah Golongan Pengguna Data kini diberi
tempoh sehingga 15 Februari 2011 untuk mendaftar dengan Jabatan Perlindungan Data
Peribadi Malaysia (JPDPM). Di bawah undang-undang tersebut, adalah menjadi kesalahan
bagi mereka mendedahkan data peribadi kepada pihak ketiga tanpa persetujuan pemilik.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang membuat
pengumuman itu berkata, akta yang diluluskan pada April 2010 itu merupakan sebahagian
matlamat dasar ke-10 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu bagi menjamin
keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan serta keutuhan rangkaian dalam
perlindungan data di Malaysia. Beliau berkata Malaysia merupakan negara pertama dalam
kalangan negara anggota ASEAN yang menguatkuasakan akta seumpama itu, sekali gus
menjadikan objektif transformasi Malaysia ke arah menjadi sebuah negara maju sebagai
Hub Dunia ICT yang bakal menjadi kenyataan.
Bagi melibatkan semua sektor untuk menyertai usaha menjadikan integriti sebagai
budaya negara sudah pastinya kerjasama media massa amat diperlukan. Media massa,
lebih mampu melaksananya usaha murni ini secara berkesan dan murah berbanding
dengan pihak lain. Ia harus dijadikan sebahagian daripada agenda utama media massa di
Malaysia.
Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 64
Media elektronik dan Internet satelit pula pesat berkembang dan mampu dilanggani
oleh sebilangan besar rakyat sedangkan media cetak semakin mahal. Tambahan pula
melalui media elektronik dan Internet para pengguna boleh mendapatkan berita secepat
mungkin di mana jua pada bila-bila masa sahaja. Ini bermakna pihak berkuasa dan media
massa awam yang terbabit dengan harus bertindak cepat bagi menyelesaikan masalah
tersebut.
Bagaimanapun, bagi membudayakan integriti, pihak media sendiri mesti diyakini
berintegriti dan berkredibiliti. Di Malaysia, kredibiliti dan integriti media massa masih
diragui Ini dan merujuk pada tanggapan ramai, ia juga termasuk media arus perdana. Masih
ada pihak yang merasakan bahawa media massa di Malaysia resminya lebih bersifat ‘anjing
jilat’ (lapdog) daripada ‘anjing pengawal’ (watchdog). Pada pendapat saya pandangan ini
memang tidak adil kerana terdapat juga kes akhbar arus perdana yang dihentikan lesen
penerbitannya kerana memperjuangkan sesuatu isu yang dianggap sensitif. Misalnya,
sebuah akhbar nasional berbahasa Inggeris terkemuka telah ditarik balik lesen mencetak
apabila ia dianggap oleh berkuasa telah memberi liputan meluas kepada isu-isu yang
mampu membakar sentimen perkauman semasa Operasi Lalang dahulu. Beberapa akhbar
venakular yang dianggap bersifat arus perdana turut dikenakan tindakan yang sama. Jika,
tanggapan ini tidak dibaiki mungkin bertambah ramai pengguna Malaysia akan turut
merasakan sedemikian. Maka, berkemungkinan mereka akan berpaling tadah untuk
memilih media yang dianggap lebih ‘berani’ dan ‘jujur’. Lazimnya, ini bermakna kepada
media global seperti “CNN dan BBC” atau pelbagai media lain termasuk media alternatif dan
‘blog’ yang resminya memang sedia kritikal terhadap pihak berkuasa atau kerajaan.
Dalam pada itu pernah juga beberapa syarikat media tempatan yang bertaraf arus
perdana ditarik balik lesen penerbitan mereka sebab dianggap oleh pihak berkuasa
menyebarkan bahan yang mampu menjejaskan keselamatan negara. Hal ini sudah pasti
membuatkan pihak media tempatan, terutamanya yang telah menjadi syarikat gergasi untuk
lebih berhati-hati. Hakikatnya, setiap media massa sewajarnya berhati-hati dengan
penyebaran maklumat dan jika terlibat dalam penyebaran fitnah maka ia harus dihukum
secukupnya.
Seterusnya, beberapa media alternatif atau juga dikenali sebagai ‘akhbar nyamuk’
telah ditarik balik lesen mereka atau tidak dapat diperbaharui. Mereka pernah memohon
bantuan SUHAKAM di bawah Perkara 19 Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR).
Menurut Perkara 19 UDHR: “Setiap manusia adalah berhak kepada kebebasan pendapat
dan penyataan, hak ini termasuklah kebebasan berpendapat tanpa gangguan dan menuntut,
Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 65
menerima serta menyebarkan maklumat dan pemikiran melalui sebarang media, tanpa
mengira sempadan.”
Memandangkan bahawa hak untuk mengeluarkan lesen penerbitan adalah kuasa
mutlak Menteri Keselamatan Dalam Negeri maka tidak ada apa yang boleh dibuat oleh
SUHAKAM, kecuali untuk memohon jasa baik kementerian berkenaan. Apa yang boleh
dibuat oleh SUHAKAM ialah memohon pindaan kepada akta-akta yang terlalu ketat
mengawal media massa di Malaysia. Kawalan ketat tersebut menyekat mereka untuk
berperanan selaku suara rakyat yang berkesan. Saya percaya bahawa para wartawan akan
hanya berkesan memelihara integriti sekiranya mereka bersifat bebas, berkecuali dan
mempunyai laluan kepada semua pihak yang mampu mempengaruhi kepentingan awam
dan negara.
SUHAKAM turut menerima beberapa aduan lagi yang melibatkan perundangan lain
yang mengehadkan lagi kebebasan media. Akta-akta ini lebih bersifat bagi menjamin
keselamatan negara walaupun ia mampu mempertahan integriti negara seperti Akta
Hasutan 1948, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, dan Akta Rahsia Rasmi 1972.
Keadaan ini dirumitkan pula dengan perundangan menghina mahkamah dan pemberian
pampasan yang terlalu mahal melalui Akta Fitnah 1957 yang menggerunkan pengamal
media.
Adalah jelas bahawa fitnah jika tidak dibendung boleh merosakkan integriti negara.
Fitnah merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama.
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu
seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu
lakukan” (Surah al-Hujurat, ayat 6). Firman ini memberi gambaran bahawa setiap kata-kata
yang disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar kebenarannya dapat
dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur fitnah. Hal ini bagi mengelakkan
kesan buruk yang akan menimpa seseorang individu atau ahli masyarakat mahupun negara.
Rasulullah S.A.W juga bersabda. Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka
menyebarkan fitnah” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis Rasulullah ini menunjukkan
bahawa fitnah merupakan dosa yang besar dan berat sehingga menghukum dan
menghalang pemfitnah memasuki syurga. Oleh itu, Islam melarang dan mengharamkan
dengan keras perbuatan fitnah. Kesan fitnah adalah sangat buruk hingga boleh
memudaratkan seseorang individu, keluarga, masyarakat mahupun negara. Maka itu, kita
Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 66
perlu menjauhkan fitnah dalam apa bentuk sekalipun dan ini termasuk melaksanakan aktaakta
yang menyekat fitnah.
Walau bagaimanapun terdapat akta yang membataskan peranan media massa dan
mewujudkan suasana gerun dalam kalangan pengamal media untuk menjalankan
tanggungjawab mereka dengan berkesan demi kepentingan awam. Ini mungkin
mengurangkan keupayaan media di Malaysia bagi membantu menjayakan sasaran TEKAD
2008 dengan sebaiknya.
Pandangan kurang keupayaan media massa ini akan berlarutan berlandaskan kepada
jumlah dan kuasa perundangan yang mengawal komunikasi massa di Malaysia. Setakat ini
dianggarkan terdapat lebih kurang 50 akta dan peraturan yang mengawal perjalanan
komunikasi dan media massa (Mohd Hamdan Adnan, 1988).
Seterusnya, beberapa perundangan ini dianggap terlalu ketat sehingga ada akta
yang tidak memberikan ruang untuk merayu di mahkamah bagi menerbitkan atau mencetak
semula, seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Mesin Cetak (Pindaan)
1987.
Kuasa kerajaan menutup syarikat media yang dianggap ‘melampau’ tanpa ruang
untuk merayu kepada mahkamah mampu melemahkan semangat pihak media untuk
memelihara kepentingan awam dan integriti negara. Ia juga mungkin mendorong lebih
banyak media Internet dan blog dilahirkan bagi mengimbangi kelemahan ini yang
sesetengah pengkritik menganggap sebagai melampau.
Amat kritikal bagi pihak berkuasa untuk menjelaskan dengan terperinci apakah yang
dimaksudkan dengan kenyataan ‘melampau”. Sebenarnya, ramai pihak telah menyuarakan
pendapat bahawa lebih bijak memberi pihak mahkamah kuasa untuk mentakrifkannya bagi
menjamin kepentingan awam dan negara serta integriti nasional terpelihara. Antara
pertubuhan bukan kerajaan yang telah menuntutnya termasuklah PROHAM, FOMCA,
SUARAM, ALIRAN dan sebagainya.
Keperluan untuk mendapatkan lesen penerbitan dan percetakan setiap tahun turut
mengasak media massa di Malaysia supaya lebih bersikap berhati-hati atau prokerajaan
daripada memelihara integriti negara. Ia juga akan memberangsangkan kelahiran lebih
banyak media Internet dan blog yang mengaku berperanan memelihara integriti negara
atas alasan media utama lebih berpihak kepada pihak pemerintah daripada rakyat.
Walaupun media Internet dikecualikan daripada keperluan sebarang pelesenan,
mereka masih boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan dan Akta
Penerbitan dan Percetakan serta sebagainya jika tersabit menyiarkan laporan yang tidak
disukai pihak berkuasa. Akhbar Internet seperti ‘Malaysiakini’ telah beberapa kali ditegur
Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 67
dan pejabatnya digeledah oleh pihak berkuasa supaya tidak keterlaluan membuat
pendedahan atau menyiarkan kenyataan yang dianggap menjejaskan ketenteraman awam.
Terdapat juga beberapa pemilik blog didakwa oleh individu atau syarikat kerana
dituduh membuat liputan yang menjejaskan kepentingan atau imej mereka. Adalah wajar
bagi pihak mahkamah untuk mengambil keputusan yang menjamin kepentingan awam demi
integriti pihak media massa di Malaysia.
Sekiranya ada agensi kerajaan yang tidak berpuas hati dengan liputan yang dibuat
ke atas mereka, mereka hendaklah bertindak mendakwa media terbabit untuk penyelesaian
terbaik bagi kepentingan awam, bukannya mencari jalan untuk menutup sahaja pihak media
massa berkenaan. Bagi menjamin integriti negara sudah tentunya undang-undang harus
didaulatkan dan digunakan demi keadilan sejati.
Suatu undang-undang yang dikatakan bertujuan untuk menjaga integriti negara ialah
Akta Hasutan 1948. Akta ini bertujuan menghukum sesiapa yang membangkitkan soal-soal
sensitif dengan tujuan menghasut dan membahayakan keselamatan negara. Ia meliputi
kata-kata hasutan yang dibuat di luar dan di dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Sesuatu kenyataan dianggap menghasut apabila menyentuh keselamatan negara atau
bertujuan menghasut. Kesan hasutan tidak perlu ada pada pihak ketiga dalam kes
menghasut. Akta ini dikuatkuasakan ke atas rakyat Malaysia yang berada di dalam atau luar
Malaysia.
Akta Rahsia Rasmi(pindaan)1986 adalah suatu lagi contoh undang-undang yang
bertujuan menjaga integriti negara. Antara lain tujuannya ialah supaya rahsia rasmi negara
tidak dibocorkan kepada pihak yang ingin mendapat keuntungan serta merta atau yang
boleh mengancam keselamatan negara. Jika sabit kesalahan hukumannya penjara
mandatori di antara satu hingga tujuh tahun. Dokumen yang dianggap rahsia rasmi
Kerajaan ialah kertas-kertas yang ditentukan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia Sulit” atau
“Terhad” yang ditetapkan oleh Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri atau pegawaipegawai
tertentu yang diberi kuasa.
Dalam hal ini kebebasan hakim untuk mengambil keputusan yang tepat demi
kepentingan awam dan negara sudah tentunya akan meningkatkan integriti mahkamah dan
negara. Bagaimanapun, ini bergantung kepada kuasa mahkamah untuk mendengar kes
syarikat akhbar yang telah diarah tutup oleh menteri berkenaan. Dengan rakyat yang
berpendidikan dan terdedah kepada pelbagai media massa, sudah tiba masanya untuk
kerajaan mempertimbangkan hak sepenuhnya kepada mahkamah berkaitan dengan liputan
media massa.
Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 68
Sifat pemilikan media massa di Malaysia juga dilihat sebagai mengekang
keupayaannya memelihara integriti negara. Sebahagian besar daripada media utama di
Malaysia adalah milik parti-parti komponen pemerintah atau individu yang prokerajaan.
Maka, tidak harianlah ramai pemimpin badan bukan kerajaan yang mengadu bahawa
kenyataan-kenyataan mereka yang kritikal lazimnya tidak mendapat tempat di media massa
arus perdana. Diandaikan di sini bahawa agenda media massa lumrahnya ditentukan oleh
pemilik-pemiliknya dan para elit politik yang memiliki kepentingan tertentu pada organisasi
media massa berkenaan.
Integriti media massa turut ditentukan oleh pengamalnya dan lazimnya ia merujuk
kepada wartawan. Pengamal media yang kurang berwibawa lebih berkemungkinan tidak
melihat integriti sebagai prinsip yang wajib diperjuangkan. Bagi menjamin pengamal media
massa yang berwibawa, beretika serta berintegriti, pihak pengamal media hendaklah
bertindak secara profesional. Sama seperti profesion jurutera, arkitek, doktor perubatan,
doktor gigi, jurukira dan sebagainya, pengamal media massa perlu mendapat pentauliahan
badan-badan profesional mereka sendiri.
Berbeza dengan profesion lain, mereka yang berminat untuk menjadi wartawan tidak
semestinya lulusan atau graduan komunikasi atau kewartawanan. Mereka boleh datang
daripada apa jua disiplin pengajian. Bagaimanapun, mereka harus mendapatkan
pentauliahan daripada badan profesional kewartawanan yang diiktiraf selepas lulus ujianujian
yang ditetapkan bagi layak mendapatkan ‘Sijil Pengamalan Kewartawanan’. Institusi
yang sama bolehlah menarik balik pentauliahan ini sekira pemegangnya didapati melanggar
kod etika kewartawanan. Jika ini berlaku, pengamal yang terbabit dilarang bertugas sebagai
wartawan sehingga ia mendapatkan kembali pentauliahan tersebut. Bagaimanapun, jika
wujudnya suatu badan seperti Majlis Media Malaysia maka tanggungjawab ini haruslah
dalam bidang kuasanya.
Supaya langkah meningkatkan keprofesionalan dan etika wartawan ini tidak dituduh
sebagai satu lagi cara bagi kerajaan untuk mengekang kebebasan media massa maka amat
wajar disyorkan supaya Institut Akhbar Malaysia (IAM) dijadikan badan pentauliahan ini.
Ahli-ahli lembaganya hendaklah terdiri daripada wakil syarikat media, ahli tertinggi kesatuan
wartawan, para sarjana wartawan dan tokoh-tokoh pengamal media massa serta beberapa
wakil kerajaan daripada agensi-agensi yang berkaitan. Sebaik-baiknya institut ini perlu
mampu mendapatkan pendapatan yang mencukupi melalui kegiatannya supaya ia bebas
daripada kekangan kewangan dan kebergantungannya pada pihak lain. Dengan sifat
berdikarinya itu, ia tidak ditanggapi sebagai tidak bebas. Bagaimanapun, jika ia tidak
Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 69
berupaya, maka kerajaan perlulah mensubsidi Institut ini pada kadar yang mencukupi bagi
membolehkannya bergerak dan melaksanakan peranannya.
Kepentingan mentauliahkan wartawan adalah amat relevan kerana ia adalah
profesion yang berprestij, berpengaruh dan amat berbahaya jika ia disalahgunakan. Sejarah
menunjukkan bahawa wartawan mampu menggulingkan pemimpin dunia, menggoncang
dan membentuk negara, malah berperanan menentukan masa depan masyarakat dunia.
Misalnya, Ricard Nixon, Presiden kepada negara yang antara terkuat di dunia, Amerika
Syarikat, terguling apabila pihak medianya mendedahkan tindakannya yang dianggap tidak
berintegriti dan melanggar undang-undang yang dikenali sebagai ‘Watergate Scandal’.
Pentauliahan tidak seharusnya dilihat sebagai satu kaedah pengawalan tetapi bagi
memartabatkan profesion kewartawanan. Prinsipnya ialah untuk menjamin bahawa semua
wartawan sebenarnya layak dan beretika. Dalam konteks yang selari, Institut Perhubungan
Raya Malaysia (IPRM) sedang gigih merancang untuk mewajibkan pentauliahan atau
akreditasi bagi mereka yang terlibat dalam kerjaya perhubungan awam. Langkah ini adalah
untuk memastikan bahawa semua pengamal perhubungan awam di Malaysia benar-benar
layak dan mematuhi kod amalan beretika demi menjamin kepentingan awam dan integriti
serta keprofesionalannya.
Dalam konteks yang berkaitan adalah juga wajar bagi pihak media untuk
menyeragamkan kod etika kewartawanan. Pada masa kini hampir setiap syarikat media
massa mengakui bahawa mereka ada mempunyai kod etika bagi rujukan para wartawan
masing-masing. Kod Etika Kewartawanan Malaysia seharusnya mengiktiraf Perkara 19 dan
Perkara 12 Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia atau lebih dikenali sebagai UDHR yang
turut dimaktubkan dalam Akta 597 Malaysia yang memberi kuasa bertindak kepada
SUHAKAM asalkan ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
Menurut Perkara 19 UDHR: “Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan
pendapat dan bersuara; hak ini termasuklah kebebasan berpendapat tanpa diganggu dan
untuk mencari, menerima dan menyebarkan maklumat dan fikiran melalui sebarang media
dan sempadan.” Perkara 12 UDHR pula menegaskan bahawa: “Tiada sesiapa pun yang
boleh diganggu sewenang-wenangnya terhadap privasinya, keluarga, rumah tangga serta
surat-menyuratnya, ataupun diserang maruah dan reputasinya. Setiap orang berhak
mendapat perlindungan perundangan terhadap gangguan atau pencerobohan sedemikian.
Walaupun Malaysia belum memaktubkan Kovenan Antarabangsa Mengenai Hak Sivil
dan Politik, namun adalah wajar Kod Etika Kewartawanan Malaysia mengambil maklum
Perkara 19 dan 20 iaitu:
1. Semua orang berhak memberikan pendapatnya tanpa sebarang gangguan.
Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 70
2. Setiap orang mempunyai hak kebebasan untuk mengemukakan pendapat, hak ini
meliputi kebebasan untuk mencari, menerima dan menyebarkan maklumat dan
semua jenis pemikiran, terkecuali daripada halangan-halangan, secara lisan, secara
penulisan atau secara percetakan, dalam bentuk seni, atau melalui mana-mana
media pilihannya.
3. Pelaksanaan hak-hak yang diperuntukkan dalam perenggan 2 dalam fasal ini
mempunyai tugas dan tanggungjawab yang khusus. Maka, ia boleh dikenakan
sekatan-sekatan tertentu, tetapi hanya mengikut undang-undang dan hanya jika
diperlukan:-
a) Untuk menghormati hak-hak atau reputasi orang lain.
b) Untuk perlindungan keselamatan negara atau ketenteraman umum, atau tujuan
kesihatan atau moral umum.
a. Perkara 20 Kovenan ini turut menentukan bahawa:
I. Sebarang propaganda untuk peperangan dilarang oleh undang-undang.
II. Sebarang tindakan yang menggalakkan kebencian atas dasar kebangsaan, bangsa
atau agama yang merupakan hasutan untuk melakukan diskriminasi, permusuhan
atau keganasan dilarang oleh undang-undang.
Penguatkuasaan Kod Etika Wartawan Malaysia sebaik-baiknya diletakkan di bawah
Majlis Media Malaysia. Banyak telah diperkatakan mengenai penubuhannya. Ada yang
mencadangkan agar ia lebih bersifat kuasa moral dan dikawal selia kendiri oleh pihak media
dan wartawan. Terdapat juga pihak yang mencadangkan supaya ia ditubuhkan berasaskan
suatu akta khusus jika ia mahu memainkan peranan yang bermakna. Dalam pada itu,
terdapat juga pihak yang merasakan tidak perlu diwujudkan Majlis Media kerana telah
terlalu banyak akta dan peraturan yang mengawal media ia hanya boleh ditubuhkan
selepas akta-akta yang mengongkong media mansuhkan.
Walau apa pun haluan perdebatan yang terbangkit, penubuhan Majlis Media
Malaysia amat kena pada waktunya. Bagaimanapun, keraguan pihak yang menganggapnya
sebagai suatu lagi cara mengawal media perlulah perjelaskan. Majlis ini seharusnya
bertindak sebagai badan yang bebas dan di bawah kawal kendiri. Kewujudannya penting
bagi menjamin kewibawaan dan integriti wartawan terpelihara. Sebilangan besar ahli majlis
ini sebaiknya dilantik daripada kesatuan wartawan dan syarikat media dan yang lainnya
daripada tokoh-tokoh media yang terkemuka dan wakil-wakil kerajaan dari agensi-agensi
yang berkaitan.
Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 71
Majlis Media Malaysia ini diberikan kuasa mengeluarkan kad akreditasi wartawan
kepada mereka yang sah memiliki kelayakan dan pengalaman yang ditetapkan, sama ada
wartawan tempatan atau asing. Kad akreditasi tersebut hendaklah dihormati oleh semua
pihak untuk mengiktiraf para wartawan dalam kerja-kerja kewartawanan tanpa gangguan.
Bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa bukan sahaja kerajaan, pemilik dan
wartawan semata-mata yang boleh menjejaskan kebebasan akhbar. Malah kecenderungan
pihak akhbar kepada keuntungan, tarikan kewangan, ideologi dan populariti turut
mempengaruhi kebebasan media serta kewibawaannya.
Analisis terperinci akan menunjukkan bahawa dengan ekonomi mana-mana negara
jua menjadi lebih global dan kian diterajui oleh maklumat. Dengan itu mengawal sumbersumber
maklumat dan ilmu, menjadi senjata bagi mendapatkan pengaruh dan modal.
Kawalan media oleh para pemilik dan pengurus, serta penguatkuasaan perundangan
menjadi alat yang berkesan untuk menggarap sumber kekayaan dan kuasa. Hakikat ini
mengancam demokrasi.
Pada perspektif lain, nilai sesuatu maklumat atau berita itu akan merosot sekiranya
kredibiliti dan integritinya dipersoalkan. Akibatnya, pendapat umum lebih mudah
dipengaruhi oleh sumber-sumber alternatif lain seperti Internet dan media satelit termasuk
rangkaian sosial yang menghubungkan rakan-rakan, ahli-ahli keluarga dan kumpulankumpulan
masyarakat maya.
Sesebuah komuniti yang menghadapi krisis ekonomi atau kekecewaan politik amat
mudah dipengaruhi oleh pandangan alternatif dan khabar angin. Lumrahnya, suatu
kegawatan maklumat akan mendahului suatu krisis kredibiliti yang mengakibatkan krisis
integriti dan legitimasi.
Seterusnya, menuntut pihak media massa supaya setia kepada kerajaan sehingga
menjejaskan maklumat yang tepat, lengkap dan terkini mampu memudaratkan rakyat dan
negara. Tekanan sedemikian ke atas media massa akan merosotkan kredibiliti dan integriti
semua pihak terbabit termasuk kerajaan dan media massa. Kepentingan awam
kemungkinan besar mudah terancam. Usaha murni kerajaan untuk melahirkan ekonomi
maklumat dan masyarakat berilmu juga akan terkekang.
Maka, wajarlah bagi semua pihak untuk memastikan sumber maklumat mempunyai
integriti dan disalurkan melalui media massa yang boleh dipercayai, berwibawa dan
berintegriti. Sumber maklumat dan media yang berkredibiliti, bebas dan berintegriti adalah
kunci kepada urus tadbir negara terbaik yang mampu berdaya saing dalam suasana
kesengitan ekonomi global. Ia juga akan mempercepatkan proses menjadikan negara
ekonomi ilmu dan masyarakat berilmu serta berintegriti. Dalam usaha melahirkan ekonomi
Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 72
ilmu dan masyarakat berilmu hampir kesemua seminar mengenai media massa yang telah
diadakan sejak 1980-an di Malaysia telah menyarankan supaya mewujudkan suatu Akta
Kebebasan Maklumat bagi memastikan rakyat mendapat data yang diperlukan demi
menjamin kesejahteraan mereka. Ramai pihak berpendapat bahawa memudahkan laluan
maklumat kepada rakyat dan pihak media adalah penting usaha memperkukuhkan integriti
negara.
Akta Kebebasan Maklumat seharusnya menjamin laluan media massa kepada sumber
maklumat yang diperlukan. Sudah terdapat beberapa negara di Asia yang menggubal Akta
Kebebasan Maklumat termasuklah Filipina, Hong Kong, Thailand, Korea Selatan dan Jepun.
Tibalah masanya bagi Malaysia untuk menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan meminda
semua perundangan yang bercanggah dengannya. Akta ini dilihat boleh merangsangkan
peranan media massa untuk memelihara integriti negara di samping meningkatkan
kewibawaannya sendiri.
Dengan adanya suatu akta yang mendaulatkan hak rakyat untuk memperoleh
maklumat yang benar sudah pastinya akan mendorongkan pihak media massa untuk
bertindak bebas memperkukuhkan lagi usahanya bagi meningkatkan sistem integriti negara
iaitu antara lain termasuk:
1. Urus tadbir kerajaan terbaik yang termasuk ketelusan dan kebertanggungjawaban.
2. Pilihan raya yang bebas dan adil.
3. Laluan rakyat kepada maklumat rasmi.
4. Kehakiman yang bebas dan berintegriti.
5. Sektor perdagangan yang bertanggungjawab.
6. Ketua Audit negara yang berkesan dan berintegriti.
Akhir kata, perlu ditegaskan bahawa memelihara integriti negara adalah
tanggungjawab semua pihak. Dengan pengaruhnya yang signifikan, pihak media
seharusnya memastikan bahawa semua pihak turut terlibat secara beretika dan telus dalam
hal mengangkat integriti dan memeliharanya. Selari dengan prinsip sedemikian pihak
kerajaan dan NGO harus memastikan pihak media menjalankan tanggungjawab ini dengan
beretika dan berkesan.
Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 73
Rujukan
Ahmad Lutfi Othman (6 Jun 2007). Bersama Harakah hadapi pilihan raya ke-12. Harakah
Daily.
Altheide, David L. & Johnson, John M (1980). Bureaucratic Propaganda. Boston: Allyn and
Bacon, Inc.
Asiah Sarji (1991). Penyiaran dan Masyarakat. Kuala Lumpur: DBP.
Chomsky, Noam and Herman, Edward (1988). Manufacturing Consent: The Political
Economy of the Mass Media. New York: Pantheon Books.
Ellul, Jacques (1965). Propaganda: The Formation of Men's Attitudes. New York: Random
House.
Halimahton Shaari & Kiranjit Kaur (2012). Standards in the Communication and Media
Professions: An Examination of Ethical Codes in Malaysia in Media and Regional Issues.
Shah Alam: UiTM.
Jowett, Garth S. and Victoria O"Donnell (1973), Propaganda and Persuasion, 5th edition.
California: Sage Publications.
Kamus Dwibahasa (1985). Kuala Lumur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Kod Etika Kewartawanan Malaysia (2010). Kuala Lumur: Institut Akhbar Malaysia.
Kovenan Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik (2006). Petaling Jaya: Era Consumer.
Kuypers, Jim (2002). Press Bias and Politics: How the Media Frame Controversial Issues.
Westport, CT: Praeger.
Modul Kenegaraan Malaysia (2011: 179-180). Institut Integriti Malaysia.
Mohd Hamdan Adnan (1988). Communication and the Law in Malaysia. Shah Alam:
Institut Teknologi Mara.
Mustafa K. Anuar (2002). Malaysia: A Critical Reading on the Media in Watching the
Watchdog – Media Self-Regulation in Southeast Asia. Thailand: FES.
Pelan Integriti Nasional(2014). Kuala Lumur: Portal Rasmi Institut Integriti Malaysia.
Shamsul Amri (2007). Budaya Yang Tercabar. Kuala Lumpur: DBP.
Suhakam (2003). A Case for Media Freedom – A Case For Media Freedom. Kuala Lumpur:
Suhakam.
Victoria; Jowett, Garth S. (2005). Propaganda and Persuasion. Thousand Oaks, California:
Sage Publications
Zaharom Nain & Mustafa K. Anuar (1988). Ownership and Control of the Malaysian Media.”
Media Development, Vol. 14, No. 4.
Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2
http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/2-4.pdf 74
Zainudin Maidin (2003). Kebebasan Akhbar dalam A Case For Media Freedom: Report of
Suhakam’s Workshop on Freedom of the Media. Kuala Lumpur: Suhakam.