
Sejarah Dan Evolusi Media Sosial
Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada hari ini telah membawa Internet melalui proses transformasi dalam memasuki fasa baharu (O’Reilly, 2005). Pada peringkat awal kemunculannya, Internet telah menarik minat ramai orang untuk tujuan pencarian maklumat secara mudah dan pantas, walaupun pada masa itu ia hanya mampu menawarkan aliran komunikasi sehala (Gunelius, 2011). Penggunaan Internet terus meningkat seiring dengan proses transformasi yang menggerakkannya daripada medium pelayaran kepada medium transaksi yang membolehkan penggunanya melakukan pelbagai aktiviti secara dalam talian (Gunelius, 2011). Kini, Internet bukan sahaja berperanan untuk kegunaan peribadi tetapi turut digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis perniagaan. Dalam perniagaan pelancongan khususnya, Carson (2005) telah mengemukakan lima peranan penting Internet iaitu komunikasi, promosi, pengagihan produk, pengurusan dan penyelidikan. Menurut Gunelius (2011), proses transformasi Internet terus berlaku dari semasa ke semasa sehingga ia bergerak daripada medium transaksi kepada medium sosial yang menawarkan komunikasi dua hala. Generasi baharu Internet ini dikenali sebagai media sosial. Kemunculan media sosial didapati telah mengubah pengetahuan, keperluan dan jangkaan pengguna dari sudut carian maklumat, perkongsian maklumat dan proses membuat keputusan (Ferguson, 2008; Gunelius, 2011; Jonscher, 2011). Kini, orang ramai mula menggunakan media sosial sebagai platform urus niaga untuk aktiviti pembelian, membuat pertanyaan dan untuk mendapatkan maklum balas (Gunelius, 2011). Dari sudut organisasi perniagaan, media sosial membolehkan aktiviti seperti penyampaian maklumat, promosi dan proses mendapatkan maklum balas daripada pelanggan dilaksanakan dengan lebih baik (Sin, Khalil & Al-Agaga, 2012).Jadi, tidak hairanlah sekiranya dapat kita lihat pada hari ini hampir setiap perniagaan akan menggunakan manfaat daripada perkembangan teknologi ini sebagai peluang untuk mereka memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran yang lebih besar. Trend ini secara tidak langsung turut mempengaruhi perniagaan dalam industri pelancongan yang merupakan salah satu daripada industri terbesar dan terpantas berkembang di dunia (Yusniza, 2007; Buhalis & Law, 2008). Justeru kertas kerja ini membincangkan ciri-ciri penerimaan media sosial sebagai medium pemasaran penginapan bajet.
Kepentingan Media Sosial Dalam Perniagaan
Merupakan Aplikasi Terbaik Bagi Menjalankan Aktiviti Pemasaran
Media sosial merupakan aplikasi internet yang terbaik untuk digunakan oleh usahawan-usahawan industri kecil dan sederhana bagi menjalankan aktiviti pemasaran. Media sosial mampu mengecilkan serta menutup jurang di antara strategi yang telah dirancang dan perlaksanaan strategi yang akan dilaksanakan (Kim & Ko, 2012). Pemasaran secara atas talian menggunakan aplikasi media sosial mampu menyediakan satu platform baru dan baik kepada usahawan terutama di dalam bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini. Chung et. al. (2010) menyatakan dalam kajian mereka, media sosial merupakan jaringan maya yang disediakan kepada pengguna untuk menyatakan pendapat, bertukar buah fikiran, dan dapat menghantar serta mengawal mesej yang akan disampaikan di mana jua pada bila-bila masa. Media sosial juga mempunyai peranan yang sangat penting terhadap organisasi, kumpulan individu untuk berhubung khususnya. Di sesebuah organisasi, terdapat tiga peringkat pentadbiran iaitu peringkat strategik, pertengahan dan operasi (Laudon& Laudon, 2010). Peranan media sosial menjadikan perhubungan di antara peringkat pentadbiran ini dapat ditadbir dan diuruskan dengan lebih mudah. Maklumat dari peringkat strategik hingga ke peringkat operasi dapat disampaikan dengan lebih mudah dan cepat tanpa melibatkan penggunaan masa dan kos yang banyak. Komponen hibrid yang diutarakan oleh Junco (2010), menerusi model komunikasi pemasaran berintegrasi merupakan komponen dalaman organisasi yang penting pada masa ini. .Lim (2011) dalam kajian yang dijalankan mengatakan terdapat dua kaedah untuk memastikan kebolehlihatan sesuatu laman web di dunia siber, pertama adalah disebabkan berapa banyak bilangan capaian laman web luaran yang berpaut terhadap laman web tersebut Manakala kaedah kedua adalah dari aspek nilai sesebuah objek, isu dan kumpulan pengguna yang bertindak sebagai agen kepada kebolehlihatan tersebut. Ini secara tidak langsung akan menjadikan laman web atau laman media sosial itu lebih menonjol dan terserlah di kalangan kumpulan pengguna sendiri secara khusus mahu pun pengguna biasa. Pernyataan ini disokong oleh Hernandez (2009) yang menyatakan strategi utama untuk berjaya dan lebih terkehadapan adalah berdasarkan kualiti maklumat, kualiti sistem dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan menerusi platfom ini. Oleh itu, faktor tersebut memberi impak yang besar kepada usahawan melalui penggunaan aplikasi media sosial sebagai alat pemasaran yang kompetetif.
Platfom Pembinaan Laman Bisnes
Pembinaan laman bisnes merupakan elemen yang pertama yang perlu dilaksanakan oleh usahawan IKS khususnya bagi memulakan perniagaan menggunakan medium media sosial ini.Elemen ini merupakan inisiatif syarikat IKS sebagai langkah pertama untuk memasuki komuniti pengguna internet. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu dititik beratkan semasa mendaftarkan laman bisnes. Antara perkara tersebut adalah maklumat asas syarikat. Maklumat asas ini termasuklah berkenaan nama, logo, alamat dan latar belakang syarikat yang perlu jelas dinyatakan. Ini adalah penting bagi memastikan maklumat perniagaan dapat disampaikan kepada pelanggan khususnya berkenaan perniagaan yang dijalankan.Pernyataan disokong oleh Colliander (2011) yang menyatakan pengguna internet mencari maklumat dan berkomunikasi menggunakan media sosial yang menyediakan sebuah platform komunikasi yang lebih dinamik secara dua hala. Pengguna internet pada masa kini lebih bertindak secara pantas semasa mencari maklumat produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Maklumat yang mudah difahami dan baik berkenaan sesebuah syarikat mampu menarik perhatian yang lebih pengguna internet khususnya untuk mencapai laman bisnes yang dibangunkan. Menurut Naslund (2010) dan Shepherd (2011), maklumat asas berkenaan syarikat ini mampu memandu sesebuah organisasi untuk mencapai misi dan visi syarikat dengan lebih konsisten dimana ia akan memimpin pengguna internet khususnya pengguna media sosial memahami hasrat dan tujuan syarikat ini dibangunkan. Pengguna akan mendapat maklumat yang tepat tentang fungsi dan bentuk peniagaan yang dijalankan
3.3 Pembentukan Komuniti Di Kalangan Peniaga Dan Pelanggan
Pembentukan komuniti menerusi penggunaan laman media sosial ini melibatkan kepada komuniti dalaman dan luaran sesebuah syarikat.Komuniti dalaman sesebuah syarikat melibatkan kepada interaksi antara pekerja di dalam syarikat menggunakan platform media sosial untuk berinteraksi menggunakan pendekatan yang baharu.Penggunaan media sosial sebagai alat komunikasi baharu ini memberikan satu fenomena baharu di dalam sesebuah organisasi dari aspek penyampaian maklumat yang berkesan dan lebih efektif. Kesan penggunaan platform ini mampu menjadikan pembudayaan kerja di dalam sesebuah syarikat IKS khususnya lebih proaktif dan berdaya saing semasa menjalankan sesebuah tugasan yang ditetapkan. Kos operasi dapat dijimatkan menerusi penggunaan media sosial semasa berkomunikasi di dalam komuniti dalaman. Interaksi di antara syarikat IKS dan pelanggan lebih mudah dijalankan khususnya kepada pembangunan produk dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan (Shahizan, et al., 2012). Jumlah komuniti pengguna yang besar mampu meningkatkan kredibiliti dan keupayaan kuasa pemasaran usahawan IKS.
Pengurusan Kandungan Maklumat
Dengan kecanggihan teknologi media sosial para usahawan atau peniaga dapat menguruskan, melengkapkan, menyusun dan mengiklankan maklumat – maklumat yang berkaitan dengan perusahaan atau barang – barang yang diniagakan serta perkhidmatan dengan lebih menarik dan kemas dengan dilengkapi strategi masing – masing bagi menarik minat pelanggan. Maklumat yang sentiasa dikemaskini dan diselenggara dengan baik mendapat perhatian yang tinggi oleh pengguna internet (Safko& Brake, 2009). Pengguna internet pada masa kini lebih mengutamakan maklumat berkenaan produk dan perkhidmatan yang terkini dan baharu. Dengan reka bentuk yang dihasilkan oleh pembangun dan pereka seni kreatif laman media sosial tersebut dapat membantu meningkatkan kredibiliti dan kebolehupayaan sesebuah organisasi syarikat dalam menguruskan maklumat berkaitan perniagaan mereka. Menurut (Hernandez, et al., 2009) pemilihan aspek reka bentuk yang menarik termasuk penggunaan warna, susunan maklumat dan daya kreativiti pembangun laman media sosial menjadikan pengunjung selesa untuk mengunjungi dan membolehkan mereka lebih kerap untuk datang melawat. Penampilan merupakan nadi kepada kekuatan dan melambangkan kekreatifan seorang usahawan atau peniaga dan juga organisasi. Menurut Isacsson dan Gretzel (2011) seseorang pengguna internet yang menggunakan laman media sosial lebih mudah memberikan maklum balas terhadap produk yang digunakan sekiranya pihak syarikat sentiasa memberikan respon yang baik dan berhemah. Oleh itu para usahawan atau peniaga harus bijak dalam menggunakan platform media sosial untuk mengemaskini maklumat dan berkomunikasi dengan pelanggan.
Penggunaan Media Sosial Dalam Perniagaan Secara Global
Dengan penggunaan media sosial dalam pelbagai aktiviti terutamanya dalam perniagaan dan keusahawanan telah memaparkan dunia yang seolah – olah tiada sempadan. Buktinya dengan bertambahnya syarikat – syarikat multinasional, jenama – jenama global dan peningkatan penggunaan berbagai – bagai jenis laman sosial yang menjadi platform sebagai penyebaran maklumat perniagaan bagi menarik perhatian para pembeli dan pengguna. Contoh yang dapat kita ambil adalah menerusi aktiviti pengiklanan. Kecanggihan teknologi media sosial dalam dunia hari ini banyak memberikan manfaat kepada kehidupan dan aktiviti manusia. Ianya amat menjimatkan kos dan masa dan manusia dapat berhubung di seluruh pelusuk dunia tanpa batasan dengan adanya internet. Di dalam era globalisasi ini banyak para usahawan dan peniaga menggunakan media sosial sebagai platform untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang di kenali perniagaan secara online ataupun atas talian. Tidak kira golongan itu samada usahawan tegar atau pun perniagaan kecilan ataupun sambilan yang dapat dilakukan di mana – mana sahaja. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan (Amir Milson, 2010) yang menyatakan perniagaan yang dijalankan menerusi online membolehkan komunikasi yang lebih efektif bersama pelanggan yang berpotensi dalam memberikan keuntungan kepada sesebuah perniagaan. Seperti yang dapat dilihat kini, masyarakat lebih gemar untuk melakukan pembelian “online”. Bagi mereka, kaedah ini lebih mudah dan amat bertepatan dengan gaya kehidupan mereka yang semakin hari semakin sibuk dengan hal-hal pekerjaan dan lain-lain.
Tahap Penggunaan Media Sosial Dalam Perniagaan Di Malaysia
Perkembangan teknologi telah memperlihatkan peningkatan terhadap penerimaan ICT dalam dunia perniagaan masa kini. Bermula dengan penerimaan Internet, ia mula terarah kepada medium yang lebih fokus dan bersifat persendirian iaitu teknologi e-mel. Kemudian, melalui proses transformasi teknologi, media sosial dilihat semakin diterima untuk tujuan kelangsungan perniagaan (Gunelius, 2011; “Kongsi data di Internet”, 2012). Kini, penerimaan media sosial dalam perniagaan dapat dilihat melalui medium seperti Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan blog (Au, 2010; Gunelius, 2011). Kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia pada hari ini telah menghasilkan capaian kepada talian Internet yang lebih pantas, murah dan mudah. Suatu ketika dahulu, Internet hanya boleh diakses melalui komputer persendirian. Setelah melalui beberapa fasa inovasi teknologi, kini Internet boleh diakses oleh pengguna pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui pelbagai medium seperti komputer riba, komputer tablet dan telefon pintar. Hasil daripada perkembangan itu, akses terhadap laman media sosial juga semakin meningkat, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Kajian Jonscher (2011) turut mendapati kebanyakan SME yang menawarkan perkhidmatan penginapan menggunakan laman sosial seperti Tripadvisor, Facebook, Twitter dan YouTube dalam pemasaran mereka. Selaras dengan itu, dapatan kajian Lee (2011) berkenaan kesan rangkaian sosial terhadap penerimaan teknologi dalam pelancongan menunjukkan Facebook merupakan laman sosial yang paling banyak diterima dalam promosi dan pemasaran destinasi pelancongan diikuti oleh Twitter dan YouTube. Menurut Au (2010) mendapati penerimaan media sosial dalam pemasaran banyak bergantung kepada saiz sesebuah organisasi perniagaan. Perniagaan yang bersaiz besar didapati lebih menerima perkembangan teknologi berbanding perniagaan SME. Menurut kajian Mastura, Abdul Rashid dan Siti Zaleha (2012) berkenaan pemasaran penginapan bajet di Malaysia menunjukkan hampir 50 peratus hotel bajet menggunakan laman web untuk mempromosikan produk mereka. Penerimaan media sosial pada hari ini telah menjelaskan peranannya sebagai medium pemasaran baharu kepada organisasi perniagaan dan sumber maklumat utama kepada pengguna (Akehurst, 2009; Jonscher, 2011). Pelancong kini menjadikan media sosial sebagai platform untuk mendapatkan maklumat, berkomunikasi dan berkongsi pengalaman pelancongan mereka dengan pengguna Internet yang lain (Tussyadiah & Fesenmaier, 2009; Xiang & Gretzel, 2010). Media sosial juga menawarkan promosi tidak langsung kepada organisasi perniagaan melalui perkongsian maklumat dalam kalangan pengguna Internet atau yang lebih dikenali sebagai word-of-mouth (WOM) (Litvin, Goldsmith & Pan, 2008). WOM merupakan proses komunikasi secara tidak langsung yang terbentuk daripada perkongsian maklumat dan pengalaman dalam kalangan pengguna mengenai sesuatu produk, perkhidmatan dan jenama perniagaan (Neff, 2010; Salamiah, Nor’ain & Nik Maheran, 2011). Dalam industri pelancongan, WOM berpengaruh sebagai satu bentuk pemasaran berikutan produk pelancongan yang bersifat tidak nyata (intangible) (Litvin, Goldsmith & Pan, 2008; Au, 2010). Berdasarkan kepada ciri-ciri aplikasi pada media sosial, ia berpotensi sebagai platform bagi aktiviti WOM dalam kalangan pelancong (Au, 2010). Kajian Mangold dan Faulds (2009) dan Davidson (2011) mendapati WOM melalui media sosial telah membawa kepada penemuan istilah Electronic Word-of-Mouth (eWOM) yang merupakan lanjutan kepada konsep WOM tradisional. Satu kajian telah dilakukan oleh syarikat penyelidikan Universal McCann Malaysia dan mendapati rakyat Malaysia adalah di antara kumpulan masyarakat yang mempunyai rangkaian kenalan dalam talian yang terbesar di dunia (“Kongsi data di Internet”, 2012). Menurut kajian ini lagi, penembusan talian Internet di Malaysia mencapai sehingga 22 peratus dan merupakan antara negara terpantas di dunia menerima guna teknologi komputer tablet.Trend ini telah mendorong pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan Malaysia untuk menggalakkan penerimaan media sosial dalam kalangan pengusaha pelancongan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkannya (Juergen, 2012; Shaun, 2012).
Cabaran / Halangan Penggunaan Media Sosial Di Malaysia
Undang – Undang Dan Kawalan Kerajaan Yang Agak Ketat
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata meskipun rakyat di negara ini bebas menggunakan media sosial namun kawalan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dikuatkuasakan secara tegas untuk mengambil tindakan terhadap sebarang penyalahgunaannya. "Di bawah akta ini, lebih 6,000 laman sesawang yang melakukan kesalahan, termasuk menghina kesucian agama dan institusi beraja, telah disekat setakat April tahun 2008 (Bernama, 2 April 2008). Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah menetapkan 15 November 2010 sebagai tarikh penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), diperkenalkan khusus bagi mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersial. akta yang diluluskan pada April 2010 itu merupakan sebahagian matlamat dasar ke-10 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu bagi menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan serta keutuhan rangkaian dalam perlindungan data di Malaysia. Beliau berkata Malaysia merupakan negara pertama dalam kalangan negara anggota ASEAN yang menguatkuasakan akta seumpama itu, sekali gus menjadikan objektif transformasi Malaysia ke arah menjadi sebuah negara maju sebagai Hub Dunia ICT yang bakal menjadi kenyataan. Oleh itu, rakyat Malaysia hendaklah berhati – hati dalam mengeluarkan kenyataan di laman media sosial namun undang – undang ini hendaklah digunakan secara adil dan telus tanpa pengaruh mana – mana pihak untuk kepentingan sesuatu pihak sahaja.
Kesahihan Maklumat.
Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang bermaksud :
“Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka hendaklah kamu berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya”.[9]
Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada sumber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.
Pelayaran Web Negatif.
Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedahmemberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa. Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan tercela. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud
“Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji ‘.[10]
Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive gambling. Material berkaitan sex begitu mudah dan tersiar di internet dengan pelbagai dimensi dan ilustrasi pornografi dan chatroom yang membicarakan unsur-unsur seksual Kewujudan berbagai bentuk laman web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup insaniah sebagaimana yang diajar oleh Islam.
Aktiviti Perjudian Dan Penipuan
Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati berlakunya penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi. Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Kegiatan perjudian mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi. Firman Allah dalam al-Quran bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, menenun nasib dan menyembah berhala adalah kotor dari amalan syaitan . Oleh itu hendaklah kamu jauhi mudahan kamu berjaya”[13]
Perubahan Gaya Hidup Dan Pencemaran Bahasa
Pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya merubah paradigma sosiobudaya dan bahasa komunikasi. Penjajahan budaya hidup Barat dalam aspek pakaian, makanan, minuman, tingkahlaku, hiburan telah menukar jati diri manusia. Pakaian tradisonal setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara atau perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang dibanggakan. Makanan seperti kuih tradisional bertukar dengan makanan impot dengan pelbagai jenama terkenal di dunia. Seperkara yang menarik dalam isu ICT ialah berlakunya tanpa disedari iaitu kerosakan bahasa. Bahasa sms dan chatting memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah. Kesannya terbawa sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka terutama di kalangan anak remaja. Misalnya perkataan Assalamualaikum sudah diringkaskan dengan berbagai cara seperti Asm.,Akum, Aslam dan Salam mulai tersebar penggunaannya. Perkataan ini jelas tidak tepat dari susunan ejaan, kata-kata dan maknanya sendiri. Ianya jelas merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.
Faktor – Faktor Pendorong Penggunaan Media Sosial
Mendorong Perubahan Ke Arah Penyertaan Masyarakat Secara Online
Penyertaan masyarakat bukan hanya terjadi di dunia nyata tetapi juga di dunia maya (Ali & Samsudin 2012). Malah, media sosial telah memberikan impak terhadap penglibatan masyarakat dalam isu semasa. Penglibatan ini meliputi aktif mengikuti perkembangan isu semasa menerusi blog, membentuk online group untuk menyampaikan aspirasi, membuat blog tentang isu semasa, memberi komen dalam berita online, artikel/ blog, mengambil bahagian dalam online discussion, memuat turun ataupun menyebar luaskan berita yang berkaitan dengan isu semasa (PewInternet 2009; Ali & Samsudin 2012). Tidak kira sama ada dari segi teknologi, politik, ekonomi, hiburan, sukan, isu semasa, segala maklumat sangat mudah & cepat didapati dari media sosial. Kadang kala maklumat yang ada di media sosial tidak tertulis dalam surat khabarat aupun tersiar di kaca televisyen malah media sosial juga turut membantu menyebarkan budaya popular. Kemudahan yang disediakan dalam mengakses akaun media sosial telah menyebabkan meledaknya jumlah pengguna media sosial dari semasa ke semasa.
Faktor Yang Membawa Kepada Mudah Guna (Perceived Ease Of Use)
Apabila Internet dan teknologi telefon bimbit menjadi semakin maju maka media sosial berkembang pesat juga. Kini, untuk mengakses Facebook, YouTube ataupun Twitter boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan telefon bimbit (Luik 2010). Kemampuan untuk mengakses media sosial melalui aplikasi mudah alih (mobile web) merupakan faktor pendorong dalam kejayaan media sosial. Hal ini kerana ia memiliki kualiti capaian maklumat yang maksimum walaupun diakses melalui telefon pintar sehingga telefon bimbit biasa. Perkembangan media sosial yang semakin pesat dengan ragam aplikasi seperti mengirim mesej, muat naik ataupun muat turun gambar, permainan, chat, muzik, tayangan video menyebabkan penggunanya sentiasa menghabiskan masa di hadapan skrin gadget miliknya. Sebahagian besar pengguna media sosial di dunia ialah golongan generasi muda yang dilahirkan pada tahun akhir 80-an atau awal 90-an. Nielsen (2011) melaporkan bahawa pengguna didominasi oleh wanita dan berusia 18-34 tahun adalah yang paling aktif dalam media sosial. Mereka menggunakan dengan pesat media baru dan teknologi terkini. Mereka berminat dan lebih tertarik dengan segala sesuatu yang berkaitan dengan Internet dan aplikasinya. Mereka sangat aktif dan cenderung untuk melibatkan diri dengan laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ ataupun YouTube.
Manfaat Yang Dapat Dilihat (Perceived Usefulness)
Kemanfaatan merujuk kepada sejauh mana individu itu percaya bahawa menggunakan suatu sistem tertentu akan meningkatkan prestasi kerja orang tersebut (Davis 1989). Berdasarkan definisi tersebut, dimensi kemanfaatan dapat dilihat dari segi peningkatan produktiviti dan menjadikan kerja lebih efektif. Di dalam penggunaan internet, para pengguna mempertimbangkan manfaat dan kegunaan internet tersebut. Pertimbangan seperti itu akan mempengaruhi persepsi para pengguna internet terhadap perilakunya.Penelitian tentang minat berperilaku(behavioral intention)dalam penggunaan teknologi dilakukan dengan menggunakanTechnology Acceptence Model (TAM). Penelitian-penelitian psikologi yang dikemukakan oleh Ajzen (1991) menunjukkan adanya norma subjektif yang menjadi suatu ukuran penting bagi minat berperilaku para pengguna suatu teknologi. Norma subjektif merupakan kritikal masyarakat (Markus 1990), pengaruh sosial (Fulket al.1987), dan penyesuaian diri dengan struktur masyarakat (Poole dan DeSantic 1990). Di samping faktor norma subjektif, peranan gender juga dapat mempengaruhi minat berperilaku seseorang dalam menggunakan teknologi informasi (Gefen danStraub, 1997)
Rangkaian Antara Peribadi Dan Sosial (Interpersonal And Social Networks)
Rangkaian antara peribadi dan sosial merujuk kepada penggunaan media sosial sebagai medium komunikasi, sosialisasi atau pergaulan antara ahli keluarga, saudara mara, kawan rapat dan rakan sekolah/universiti, tokoh terkenal, ahli politik atau selebriti (Park et al. 2009). Menurut Papacharissi (2009), facebook muncul sebagai instrumen rangkaian sosial yang begitu terbuka kepada umum an didalamnya terdapat pelbagai aplikasi – aplikasi yang boleh digunakan oleh penggemar facebook. Secara amnya kewujudan laman web rangkaian sosial telah digunakan oleh semua peringkat lapisan masyarakat tidak kira samada golongan pelajar, suri rumah, para pekerja sektor awam, sektor swasta dan tidak terkecuali para peniaga dan usahawan samada kecil atau besar. Mereka menggunakan rangkaian web ini bagi pelbagai tujuan antaranya bagi meningkatkan dan meluaskan rangkaian perniagaan dan rangkaian individu. Kewujudan laman – laman web rangkaian sosial seperti facebook, Myspace dan Twitter telah memberi satu altenatif baru dalam interaksi dan komunikasi melalui ruang maya. Ini telah menarik minat ramai pengguna atau pelayar internet melibatkan diri. Mereka juga menggunakan laman – laman sosial ini untuk berkomunikasi bagi memenuhi kepuasan hiburan, interaksi sosial, pembelajaran sehingga membawa kepada tabiat dan ketagihan.
Kesimpulan
Teknologi pada hari ini memperlihatkan akses terhadap Internet boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Perkembangan ini telah mempengaruhi kegiatan perniagaan dan usahawan untuk menggunakan media sosial bagi tujuan kelangsungan perniagaan dan perusahaan. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa hasil sektor perniagaan dan perusahaan turut disokong oleh elemen teknologi atau ICT. Melalui ciri-ciri teknologi seperti mudah diguna, mempunyai kelebihan secara relatif dan mempunyai keserasian, et kini dilihat lebih agresif menjalankan aktiviti pemasaran secara dalam talian yang seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan industri perniagaan dan ekonomi negara. Ciri-ciri penerimaan media sosial dalam kalangan peniaga tidak kira besar atau kecil menunjukkan bahawa wujud kecenderungan dalam proses pembuatan keputusan mereka untuk mengaplikasikan elemen teknologi dalam pemasaran perniagaan.Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa, rakyat Melaysia hari ini semakin terbuka untuk menerima teknologi dalam urusan perniagaan mereka.